JiRan TetanGGa

Thursday 31 March 2011

GiveAway In The House !!




Reen's Diary Giveaway !!!
Diri ini terpanggil2 nak join GA dari blog cik Reen's Diary ni...Kalau korang2 sume terasa terpanggil jugak klik jer kat sticky mode post tu...ada special present tau..
Aku juge terpanggil nak kasik keje sket kat 3 orang ni..


Moh ler kita sama2 kita memeriahkan GA ni...

serangan yang membunuh..

Assalamualaikum & salam 1 malaysia..1 blogger...





Semasa blogwalking tadi terbaca tentang Malek Noor pengsan kena "heart attack" semasa bermain bola, sekarang beliau dalam keadaan stabil...
Bila terdengar atau terbaca tentang kisah heart attack ni, fikiran aku terus menerawang mengenangkan arwah ibuku..arwah meninggal akibat heart attack yang kritikal..
Kali pertama kena.. terus doktor kata peluang untuk hidup amat tipis sekali.
Pada masa tu dia koma hampir 1 minggu...keluar hospital...4-5 hati lepas tu dia diserang lagi dan kali ni lebih teruk hingga menyebabkan arwah koma selama hampir hampir 2 minggu..koma..hingga keakhir hayat beliau...pergi tak kembali...tanpa pesanan & kata kata... 
Kesimpulannya disini..walaupun kita kuat bersenam, jaga pemakanan, tidak merokok..namun itu semua tidak menjamin kita bebas daripada risiko penyakit jantung..tanpa mengira usia juga..
Info terkini yang aku baca melalui majalah Mingguan Wanita keluaran (25-31 Mac 2011), terdapat 5 perkara yang mendedahkan diri kita pada serangan sakit jantung...
1. Mempunyai penyakit kulit
2. Kurang tidur
3. PENYAKIT GUSI yang kronik berisiko 2 kali ganda lebih besar menghidapi        serangan jantung fatal.
4. Komplikasi kehamilan
5. Tekanan ditempat kerja
Kalau nak tau lebih lanjut silalah dapatkan majalah Mingguan Wanita dipasaran sekarang..


Wassalam

Wednesday 30 March 2011

asyik2 error in connection...

Assalamualaikum..selamat sore





Dalam seminggu dua ni aku panehhh hati tol ngan coverage maxis kat tempat aku ni..asyik2 error in connection.
Nak call orang sume tak leh, call maxis center pon xleh..ngapain sih..
Ada customer cakap..ni sume gara gara tsunamilah...haha tak pasal2 tsunami yang dipersalahkan. 


Nak guna line mana baru ok nihhh,..bukan apa malehhh benor nak menukar2 nombor baru, susahhhh....lagi pun tetap setia pada MAXIS ni...
Kalau pekerja maxis terbaca sila bagi explanation...


Wassalam 

DeCo DeCo BeNG BeNG BooNG

Santai Bersama BEN ASHAARI


Deco blog bersama www.benashaari2.blogspot.com, dalam 
"Deco Deco Beng Beng Boong"

Khas untuk blogger blogger baru

Mudah jer hanya klik banner kat atas untuk terma & syarat2nya.
Cepat !!! jangan ketinggalan...

Tuesday 29 March 2011

susah juga..





Assalamualaikum blogger sume...

Sejak pandai berblog ni, fb n game dah jarang sangat aku layannnn...penangan berblog..syiokk juga kan????
Lepas 1-1 blog aku blogwalking..setiap blog yang dah aku blogwalking mesti ada entri baru setiap hari..kekadang sampai 2-3 entri sehari...fuhhh dasattt...susah wehhh, aku tak mampu lagi nak seaktif itu. 


Barulah aku tau susah juga nak jadi blogger baru dan mahu blog kita dikenali ramai,.. perlu kejar traffic, entri lebih dari 1 sehari, entri yang menarik..barulah leh ramaikan followers. Aku rasa sume tu kena ada minat yang mendalam & kreatif..jangan cepat putus asa..

InsyaAllah aku akan cuba semampu mungkin..(tak nak putus asa ditengah jalan)...chayukk..chayukk!!!!!

Monday 28 March 2011

GEGAR BLOGGER BARU



Assalamualaikum..nak join segmen tak?? Khas untuk blogger baru, jommm..

Sila masuk ke blog BEN ASHAARI ini dan cari mana mana gambar yang ada ... Amik gambar tu ( diberi kebenaran ) ..




Kemudian , bagitau kenapa korang pilih gambar tu ..dan pastikan ada link ke entri itu .. ok ?
Aku ase gambar ni memang dah serasi ngan insan yang bernama Ben Ashaari, asenya sume blogger pun kenal kot..termasuklah blogger baru macam aku niii..baru 32 followers aje setelah hampir 2 bulan berblogging.

Sila jelaskan mengapa anda jadi blogger ..
Mula2 tu suka2 je..orang ada blog kita pun nak ada gak..tapi sekarang dah rasa seronok sebab banyak info yang kita boleh dapat, boleh berkenalan sesama blogger. Mana tau satu hari nanti boleh terkenal macam Ben ni, baguih gak kan..

Blog yang menjadi pilihan harian anda .. maksud aku , korang wajib masuk hari hari.
Semua blog yang aku follow, tapi kalau tak sempat gak aku akan jenguk dulu blog Cik Sue, Mas Saari & Ben Ashaari.

Sebenarnya dunia berblog ni luas skopnya...terpulanglah kepada blogger semua nak mencorakkan mengikut citarasa korang.

Wassalam


macam2 hal..

Assalamualaikum semua...


Agak lama tak update n3..perasaan malas dan mood lak tetiba hilang tu yang blog terbiar usang..cuma blogwalking jer

Weekend baru ni balik kampung suami, dah lama tak balik sambil sambil tu nak makan buah..(durian)..
Langsung hari ni sakit kepala melanda...


Semasa dalam perjalanan balik semalam macam macam kerenah anak anak yang terpaksa dilayaaannnnn...
Yang sorang menangis.. yang 2 orang lagi muntah.. yang kecik plak nak tido...hadoiiiii, 
sib baik lah suamiku sabar melayan kerenah dorang ni, kalau nak harapkan aku sorang alamatnya pengsan terus kat dalam kete tu gamaknya...


Mujur jugak aku dok kat bukit beruntung je, kalu dok jauh lagi..aku tak taulah apa pulak yang akan terjadi,
haru biru gamaknya dalam kete tu sementara nak sampai..


Tentu korang pun biasa alami suasana cam gini..penat kan..???? Nak keje pun jadi malas..kena tambah 2 hari lagi cuti dok rehat kat umah...
hahaha...melampau lah sangat tu...tapi hari ni aku kuatkan juga semangat nak keje, kang bos cakap apa plak...



pstttt...semangat ooo semangat mai lah kat aku..


Wassalam

Friday 25 March 2011

MUMMY NAK KASI GIFT LAGI!!!!!

Assalamualaikum sume...ada sihat ker..???
Korang nak hadiah tak..????? Kalau nak, ada sorang insan yang bernama
MumMY DaNnY nak kasiii...jom kita jadik followers MumMY DaNnY beramai2...
Kat bawah ni..terma & syarat syarat yang mummy danny kasik...


Mummy nak bagi  korang satu lagi GIFT dari mummy...
MUMMYKAN PILIH SECARA RAWAk
 20 ORANG
DARI FOLLOWER BERTUAH MUMMY..
SO RAMAI2LAH JADI FOLLOWER MUMMY YER...
...tagkan 5 orang blogger..pastikan diorang tahu ... 
macam biasa letak kat sidebar yer banner tuh.....
 jadikan myblog 2 b ur bloglist..sebab lepas2 nie ada lagi GA mummykan buat...

mesti korang nak tahu tarikh penutupannya kan??

em...mummy taknak kasi tahu...sebab Saprais muahahah...
bile2 masaje mummy boleh isytiharkan date nyer..
GIFT kali ni semua cute2 tau..nak??? 

SO APALAGI TERUSKAN MENGERJAKAN JEJARIMU yang montel ITU....

So...sekarang mangsa aku adalah ...


1. mamaema
2. seindah salju
3. solo molo
4. ~kaudihatiku~
5. laVenDer's blOg

Pssst....cik sue,..keje yang ko suruh da setel....pa pai...
Wassalam


Thursday 24 March 2011

March, 24..

Assalamualaikum,


Hari ni genaplah umurku yg ke..3++(++..biarlah rahsia)..
Alamakkkk..dah bertambah angka umurku, ase mcm da tua lak...owhhh no..no..no..katakan tidak pada perkatan 'tua' tu...nanti jiwa pun terikut jadi tua..

Bukan apa, sekadar peringatan..makin bertambah umur kita, makin hampirlah kita dengan kematian, 'rumah kata pergi, kubur kata mari'.
Apa pun..ajal maut tu ditangan Allah..

Yang penting..makin tua umur kita biarlah 'makin berisi',..isikan dengan perkara2 yang berfaedah
Maksudnya pertingkatkan amalan & ibadah..sama ada yang wajib atau sunat. Hindari dosa dan tambah pahala.

Semoga apa yang aku impikan akan jadi kenyataan..
InsyaAllah..doakan saya..

Wassalam

Contest Adik-Beradikku Yang Cute



Assalamualaikum kepada blogger blogger sume...
Berminat nak join contest ni..senang jer klik kat banner di atas atau g lah jenguk tuan empunya blog tu, Fadhirul Ahmad, kat situ tertera terma & syarat syarat penyertaan, tarikh tutup 10hb April 2011. Moh ler ramai ramai kita memeriahkankan contest ni..ada hadiah tauuu.. 

"Contest Adik-Beradikku Yang Cute"
Ini lah pic adik beradikku yang ceria, tomey & happening tu..kami 7 beradik, 4 pompuan & 3 laki laki. Aku anak sulung..merangkap alonglah...juga merangkap mak & abah kepada adik2 aku, sebab orang tua kami dah lama 'pergi' mengadap Ilahi...almaklumlah anak sulung..paham paham je lah..








2 pic ni menjadi kegemaran kami adik beradik sebab raya tahun 2009 ni lah kami dapat berkumpul 7 beradik, selepas pemergian arwah mak tercinta. pada tahun ni jugalah first time kami bergotong royong buat lemang & rendang sendiri..tanpa bantuan mak & abah.
Semoga hubungan & kasih sayang antara kami ber7 kekal hingga ke akhir hayat, amin..


Aku suka sangat nak tag 3 org blogger ni..

Sekian, hamba permisi dulu..yang kena tag tu cepatttt sebelum terlambat.
Wassalam 








Tuesday 22 March 2011

SEGMEN : AKU BENCI ROKOK

image

Assalamualaikum semua...semoga ceria ceria selalu..
Segmen Ben Ashaari lagiiii...topik menarik tentang rokok..
Rosak
Organ
Kau
Oleh 
Kesedapan sementara

Sila nyatakan KENAPA ANDA BENCI ROKOK ? Mesti lebih dari 100 patah perkataan ..
Aku tak nak citerlah pasal keburukan rokok sebab semua orang dah tau kannn..
Aku benci sebencinya kat rokok sebab aku tak suka dan tak tahan dengan bau asap rokok yang busuk tuuu...uwekkk..boleh buatkan aku sesak nafassss..ditambah pulak bau tu boleh tempias kat seluruh badan dan pakaian kita, yang paling aku menyampah migrain aku akan datang kalau duduk ngan perokok perokok tegar niiii.....

Pesanan buat mereka yang merokok dan bakal merokok !
Wahai perokok perokok tegar dan yang bakal jadi perokok sekalian....kalau sayangkan nyawa dan organ organ dalam badan korang...cepat cepatlah berhenti merokok dan simpan jelah niat korang nak merokok tu, tak de faedah dan buang duit jer..

Pendapat anda mengenai mereka yang merokok ini ..
Merugikan duit je..memanglah duit tu duit korang tapiii cuba korang pikir balik, kalau sekotak rokok RM10, dapat sedut asap jer...kalau korang guna duit tu untuk beli makanan tentu kenyang perut...kalau yang dah berkahwin, duit tu boleh guna untuk beli susu anak, lagi afdal.
Penyakit kronik pun senang nak dapat, tak takut ker..????


Sekian..selamat berblog
Wassalam




Friday 18 March 2011

Contest Photo Anakku Ceria

Assalamualaikum...


My first contest ..sebenarnya saja suka suka sambil menambah blogger n folowers..tapi kalau menang lagilah suka...rezeki anakku.. Kepada sesiapa yang nak cuba klik jer pada banner tu..hadiah manarik tauu..

"Contest Photo Anakku Ceria"



Nama Ibu: Salmiah Saari

Nama sikecik ni Nur Alisha Qairina, umur baruuu 7 bulan...hobi Alisha ni memang suka senyum, tak kiralah kat sape sape jer...kalau korang pandang dan senyum kat dia konpom dia akan balas balik senyuman korang tu.


Selain suka senyum Alisha memang suka bergambar..terutama kalau mak teh datang rumah, letih Alisha kena paksa jadi model...

Aku suka sangat nak tag 3 orang ni :- 

1. aCik Anie
2. mamaleesya
3. GuGu.GaGa.

Kepada semua yang kena tag tu...cepat sebelum terlambat, tarikh tutup 10bh April & selamat mencuba..!!!!

Wassalam

Thursday 17 March 2011

Nasi Lemak Kukus Ayam Kampung

Assalamualaikum...



Dah 2 hari tak update entri..tak berkesempatan..busy..
Acceli nak citer semalam aku g makan nasi lemak kukus kat Tasik Cempaka, Bangi...


Rasa die memang marvellous...hingga menjilat jari..
Kita orang makan sampai licin, cuma tinggal tulang temulang jer..haha punyalah sedapppp..
Tapi harganya mahal sket arr...RM7.00 (nasi+ayam kampung berempah+sambal,telur n timun).


Nak promosi la sket...barang baik ape salahnyakannnn..??? Kepada sape2 yang dok kat2 ngan kajang n bangi tu pegi arr jalan jalan cari makan kat situ...konpom puas hati.


Selamat menjamu selera..pa pai...


Wassalam

Tuesday 15 March 2011

BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN

Assalamualaikum...


BANNER BEN ASHAARI


Nak try juga lah segmen ni..menarik jer bunyinyer...


Sila ceritakan latar belakang anda ..
Kg. Bangau Tanjung, Temerloh, Pahang tempat aku dilahir dan dibesarkan. Temerloh juga glamor dengan nama 'Bandar Ikan Patin'. Di kampung aku pun terdapat ramai penternak ikan patin sangkar, kalau nak rasa ikan patin Kg Bangau jom lah jalan jalan ke Temerloh.

Profesion anda sekarang ?
Seorang kerani bahagian pentadbiran di sebuah syarikat swasta.

Blog favourite anda .. kenapa ?
Blog favourite aku sejak jadi blogger ni antaranya..
Blog Naz, Blog Ben Ashaari & Blog Bangku Kosong, sebab blog blog ni banyak memaparkan tentang tips, informasi & ilmu ilmu yang berguna, terutama blogger baru macam aku..


Blog yang anda tak suka nak masuk .. kenapa ?
Blog yang terlalu panjang berjela entrinya, sebab kadang kadang malas nak baca sampai habis walaupun entrinya menarik.


Impian anda terhadap blog anda ..
Impian asal aku buat blog ni atas dasar suka suka je, tapi dalam masa yang sama biarlah terkenal dikalangan blogger blogger semua.


Selamat Bersegmen..

Friday 11 March 2011

Terkezutt berukkk..

Assalamualaikum





Baru terima sms dari adikku, sms die berbunyi gini "to all, bil letrik terkini kat bangau RM1225.00"...(bil letrik kat kg aku).
Apeeeeee..???? terkezut beruukkkk la aku...immpossible coz bil tertunggak yg telah kami setelkan RM90+++ aje...macam mana bole banyak cam gini...sebab kat kg tu mane ade sape sape duduk, kotak fius pun kami cabut...


Aku pun terus menalipon adik aku mas saari..."wei..ko ada dapat mesej dari abang..pasal bil letrik kat kg sampai seribu lebih..." adik aku pun cakap ada pastu mula lah masing2 pot..pet..pot..pet antara kitaorg berdua..
Pastu aku ambil keputusan nak call adik aku yg antar sms tu..tengah2 dok dail no dia, masuk pulak call cik sue saari..tanyakan hal yg sama...tgh dok cakap2 Cik Sue dpt sms dr tukang antar tu..
Sms tu berbunyi "Oppss terlupa  taruk titik perpuluhan daaa..RM12.25 jer...Nana, iea, mimi sume dengan sepantas kilat balas msj tadi tu...hahahaha lawaks3x tengah berguling2 kome gelak ni.."
Aku ngan Cik sue apa lagi gelak besorrrr lah sambil tu marah2 la kat tukang antor sms tu...


Hahahahaha..kantoi suda ngan dia...hisshhh saje jer buat lawak petang petang bute ni...grrrrrr..geerraammmm


Wassalam 

Suamiku yang lalai..

Assalamualaikum & Salam 1 Jumaat..

Pagi tadi semasa suamiku bersiap siap untuk pergi kerja...tetiba dengar dia bertanya pada Afiq 
Suami : "Abang..ada nampak dompet abah tak"
Aku     : "Hahhh...dompet hilanggggg..??? Alamak kad bank mama pun ada kat dalam tu...adooiii yaiii..
Afiq    : "Tak ada pun"
Suami : Sambil membebel sorang sorang "mana pulak abah letak, abah lupa lah..tak kan                          abah tertinggal kat kedai mamak tu.."
Afiq    : "tapi semalam abang tak nampak pun dompet abah kat atas meja mamak tu.."


Owhhhh..baru lah aku tau yang 2 beranak tu keluar 'ngeteh' kat kedai mamak semalam...agaknya malam tadi aku tido mati kot..sampai tak sedar langsung masa bila dia orang keluar.


Satu rumah dia cari tapi tak jumpa juga, aku diam aje sambil tengok jer gelagat dia anak beranak tu..tapi dalam hati berkata kata lah jugak.."kenapa lah lalai sangat sampai menda penting mcm tu pun tak tau letak mana"..Dah puas dia cari merata rata tempat, dia pun dah fed up kot..terus ambil helmet dan terus keluar...
Selepas 1/2 jam dia keluar aku pun call dia nak tanya...


Aku : "macam mana jumpa tak dompet awak ...???"
Dia : "dah...
Aku : "katne..???"
Dia : "kat kedai mamak tu lah, nasib baik sume barang masih ada.."
Aku : "Fuhhh...legaaa..nasib baik..kalau tak jenuh lah pulak nak pegi buat report, tu lah lain kali jangan lah lalai sangat awak ni..& pot..pet..pot..pet aku membebel kat dia..."


Rupa rupanya dompet tu tertinggal masa dia tengah belikan gula gula untuk anak anak...
Alhamdullillah...masih ada rezeki dia lagi..


Tapi suami aku ni kira bagusss jugak lah, sebab tak mudah gelabah..muka maintain cool jer..tapi dalam hati..tak tau lah apa dia pikir..
Kalau aku berada dalam situasi cam gini...konpommmm mengelabah bewok...


Wassalam

Thursday 10 March 2011

Selipar abang naik atas bumbung...

Assalamualaikum semua...


Citer ni berlaku semalam...
Sampai jer rumah pengasuh, belum sempat aku masuk dalam rumah nampak si kakak keluar menerpa kat aku. Rupa rupanya dia ada citer hangat nak bagi tau aku.


Kakak : "mama..mama..nak tau tak..tadi selipar abang tu naik atas bumbung rumah"


Mama : "dengan muka terkejut aku tanya balik...hah...ye ke...jatuh atas rumah sape"


Kakak : "atas bumbung umah ustazah"


Mama : ya Allah !!!! macam mana lak bole jadi gitu"


Pastu dengan gaya yang penuh bertenaga..kakak pun citer sambil tunjukkan aksi aksi camne kejadian tersebut berlaku....


Masuk jer dalam rumah pengasuh tu pun terangkan kat aku citer sebenarnya...rupa rupanya dia main sepak sepak konon sape boleh sepak paling tinggi, last last dia lah penyepak paling terror dan paling tinggi...sampai naik atas bumbung...amik kauuu...


Abang oohh abang...ada ada aje lah kamu ni...sampai sekarang selipar tu masih dok kat atas bumbung rumah ustazah tempat dia mengaji tu...nasib baik ada selipar spare kat umah pengasuh tu, kalau tidak alamatnya berkaki ayamlah dia...


Gelagat anak anak ni kekadang menghiburkan walaupun terbetik rasa marah..


Wassalam

Amarah..

Assalamualaikum...


Anda pernah kena marah..atau memarahi..???? mesti pernahkan...kalau anak anak..kena marah ngan mak atau ayah jika buat salah...Kalau dengan boss..sebab tak buat keje, datang lambat, ponteng keje dan macam macam lagi lah.


Apa perasaan bila kena marah...
Ada ker antara anda ni yang bila kena marah happy dan senyum senyum jer..tak ada kannnn..kalau ada tu "nampak sangat menipuuuu.." (baca stail usup dalam citer HKBR). hehehe..
Kalau kena marah of couse lah menyirap darah ke muka...rasa nak penampar atau penyepak orang pun ada kann...kalau kita marah orang...tentu la rasa puas hati sangat sangat..


Patut ke kena marah atau memarahi...
Kena marah...memang patut la..kalau memang kesalahan tu berpunca dari kita..
Memarahi...patut juga..kalau memang si polan tu buat salah dengan kita. 


Tapi kalau nak marah atau memarahi tu..biarlah kena dengan situasi & keadaan...jangan lah marah main hentam kromo jer, manusia ni ada hati dan perasaan, yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Orang kata..agak agak la.. 


Cara cara nak atasi marah..
Ada banyak cara untuk hilangkan rasa marah ni...cara yang aku selalu buat ialah pergi ambil wudhuk, InsyaAllah...kemarahan tu akan reda. Sebenarnya banyak lagi cara nak atasi marah ni..tapi tak perlulah aku terangkan satu persatu..rujuk jer kat internet.


Sebenarnya aku pun baru lepas kena marah ni, dengan siapa..??? Tak payah la aku bagi tau...nanti menjatuhkan air muka orang tu pulak..kan dah tambah dosa...
Sebab tu aku buat entri ni...bukan apa...saje nak lepaskan geraammmmmm yang terbuku dihati ni...


Sekarang barulah aku rasa legaaaa sikit...alhamdullillah..


Wassalam..