JiRan TetanGGa

Saturday 2 July 2011

Berjuraian air mata membaca kisah ini!!

Assalamualaikum..


Selamat bersiaran kembali...aduhaiiii lama jugak tak jenguk blog, tapi tadi selepas my sis tunjukkan satu kisah menyayat hati terus aku cepat2 bukak dan menghadap blog baca tentang kisah menyayat hati seorang ibu yang baru melahirkan anak tapi telah disahkan menghidapi 'brain tumor' stage 4...tumor yang makin membesar dengan aktifnya walaupun bermacam2 usaha dan cara telah dibuat untuk menghentikan sel2 tumor itu dari terus membesar.

~Norma~
Sebanyak 6 kali pembedahan, 10 kali rawatan radioterapi tetapi tumor tersebut terus menerus membesar sehingga menyerang ke saraf tunjang..aku percaya tentu kalian semua ramai yang sudah mengikuti perkembangan tentang Norma, kalau ada sape2 yang masih belum tau bolehlah pergi ke blog Moon untuk sama2 kita membantu dan memberikan sumbangan ikhlas untuk membantu Norma. Aku cukup terharu dengan pengorbanan sang suami yang tidak jemu2 memberi sokongan dengan penuh kasih sayang terhadap isteri yang amat dicintainya. 


Tambah terharu apabila menatap wajah mulus sikecil Rafiq yang belum sempat merasa air susu ibu, yang belum sempat merasa belaian manja sang ibu. Semasa aku membaca kisah tersebut dah banyak kali air mata aku tertumpah. Sedihhhh sangat...


Betapa berat mata memandang tapi berat lagi bahu yang memikul bebanan...harapan aku semoga keluarga dan suami Norma tidak akan berputus asa, semoga kalian terus kuat dan tabah dengan dugaan ini. Moga Allah permudahkan segalanya demi Norma..aminnnnn 

~bersama baby beliau Rafiq~

4 comments:

Nur Hawa Mohd Zin said...

awe tgk pic pun tak sanggup kak...ini kan nak bace

Liza @ Adzriel AB said...

tengok tajuk pun kak liza dah tau. tgh malam tadi published. sedih benar hati kak liza. alhamdulillah kita sihat, tapi berat sungguh dugaannya. moga ada miracle dia pulih... harap sanagt.

Idah said...

mari kita sama2 membantu dgn doa maupun wang ringgit. tak sikit pun banyak lg boleh. semoga norma dan suami juga rafiq tabah hadapinya.

Unknown said...

nanges~~..semoga hari2 yg dilaluinye lebih mudah..xleh tgk baby tu..sedihh