JiRan TetanGGa

Thursday 7 July 2011

Tobat aku tak makan lagi...

Assalamualaikum


[video pekerja kfc buat kotor lagi]


Tergamak betul dorang ni buat keje melampau ni, 
sanggup dorang menganiaya orang ramai..sungguh tak berperikemanusiaan...
Makanan dibuat macam tu, Sumpah!!! aku takkan g lagi makan kfc...tak sanggup aku...
Korang camne??? masih sanggup??? hingga menjilat jari lagiiiii!!!


p/s : aku memang dah berkurun lama tak makan kfc!! 

Wednesday 6 July 2011

Monday 4 July 2011

Cantik Di Mata

Assalamualaikum


Semoga hari ini dan seterusnya akan lebih bermakna buat kita. 
Hargailah masa sebelum ia pergi meninggalkan kita. 
Sesungguhnya masa yang telah pergi itu tidak akan kembali lagi buat selama2nya...


Renung2kanlah kata2 ini..
Kegagalan dalam kemuliaan adalah lebih baik 
daripada kejayaan dalam kehinaan.


Memberi sedikit dengan ikhlas adalah lebih mulia
dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.


Wassalam..

Saturday 2 July 2011

Berjuraian air mata membaca kisah ini!!

Assalamualaikum..


Selamat bersiaran kembali...aduhaiiii lama jugak tak jenguk blog, tapi tadi selepas my sis tunjukkan satu kisah menyayat hati terus aku cepat2 bukak dan menghadap blog baca tentang kisah menyayat hati seorang ibu yang baru melahirkan anak tapi telah disahkan menghidapi 'brain tumor' stage 4...tumor yang makin membesar dengan aktifnya walaupun bermacam2 usaha dan cara telah dibuat untuk menghentikan sel2 tumor itu dari terus membesar.

~Norma~
Sebanyak 6 kali pembedahan, 10 kali rawatan radioterapi tetapi tumor tersebut terus menerus membesar sehingga menyerang ke saraf tunjang..aku percaya tentu kalian semua ramai yang sudah mengikuti perkembangan tentang Norma, kalau ada sape2 yang masih belum tau bolehlah pergi ke blog Moon untuk sama2 kita membantu dan memberikan sumbangan ikhlas untuk membantu Norma. Aku cukup terharu dengan pengorbanan sang suami yang tidak jemu2 memberi sokongan dengan penuh kasih sayang terhadap isteri yang amat dicintainya. 


Tambah terharu apabila menatap wajah mulus sikecil Rafiq yang belum sempat merasa air susu ibu, yang belum sempat merasa belaian manja sang ibu. Semasa aku membaca kisah tersebut dah banyak kali air mata aku tertumpah. Sedihhhh sangat...


Betapa berat mata memandang tapi berat lagi bahu yang memikul bebanan...harapan aku semoga keluarga dan suami Norma tidak akan berputus asa, semoga kalian terus kuat dan tabah dengan dugaan ini. Moga Allah permudahkan segalanya demi Norma..aminnnnn 

~bersama baby beliau Rafiq~

Monday 27 June 2011

Menangislah Di Sini Sebelum Menangis Di Sana

Assalamualaikum


Nak berkongsi ilmu yang amat berguna dan akan menginsafkan kita yang mudah alpa ini....
kisah ini dikongsi dari [Tinta Khalifah]


Menangislah Di Sini Sebelum Menangis Di Sana

Detik waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan. Nyaring berkumandang menyaring segala suara yang menyapa telinga ibu. Lonjak hatinya memuncak gembira penawar sakit dan lesu. Lalu bermulalah sebuah kehidupan yang mewarnai bumi berpenakan hati, berdakwatkan air mata. Air mata adakalanya penyubur hati, penawar duka. Adakalanya buih kekecewaan yang menyempit perasaan, menyesak kehidupan. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor diperlimpahan.

Namun setitis air mata kerana takutkan ALLAH persis permata indahnya gemerlapan. Penghuni Syurga ialah mereka yang banyak dukacitanya di dunia. Tidak berkumpul dua perkara dalam satu masa. Barangsiapa gembira di dunia akan berdukacita di akhirat. Barangsiapa yang banyak dukacitanya di dunia akan gembira di akhirat.

Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang.

Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang Abid. Alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan. Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah airmata kecewa kerana kegagalan. Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang dirasakan semakin dekat, mengalirkan air mata keinsafan mengharap kemenangan.

"Penghuni Syurga itulah orang-orang yang menang." (Surah al- Hasr: 20)

Tangisan adalah basahan kehidupan, justeru itu :
Hidup dimulakan dengan tangis, dicelahi oleh tangis dan diakhiri dengan tangis. Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sama ada yang membawa untung atau merugikan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Ada dua titisan yang ALLAH cintai, pertama titisan darah para Syuhada' dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH."

Nabi Muhammad bersabda lagi :
"Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali." Oleh itu berhati-hatilah dalam tangisan kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada Abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akan bertakhta.

Nabi Muhammad SAW bersabda :
"Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur."

Ketawa yang berlebihan adalah tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulama' dunia menyebabkan hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, menyebabkan semakin keras hati dan perasaannya.

Nabi Muhammad SAW bersabda :
"Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa."

Seorang Hukama pernah bersyair :
"Aku hairan dan pelik, melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan." Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal, takut-takut tidak diterima ibadatnya tetapi kita sentiasa ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan.

Lupakah kita Nabi pernah bersabda :
"Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa, akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis."

Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.

Namun, Allah SWT telah berfirman :
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, pada hal ianya amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (Al Baqarah : 216)

Bukankah Nabi juga pernah bersabda:
"Neraka dipagari nikmat, syurga dipagari bala."

Menangislah wahai diri agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana engkau belum tahu, nasibmu di puak kanan atau di puak kiri. Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi Tuhan. Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat.

Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata : "Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu."

Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya :
"Kenapa engkau menangis?"
"Aku tidak mempunyai anak lagi untuk dihantar berperang," Jawabnya.

Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup, lalu berkata : "Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu."

Ibnu Mas'ud r.a. berkata :
"Seorang yang mengerti al Quran dikenali di waktu malam ketika orang lain tidur dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khususnya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al Quran itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan marah.

Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur :
"Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur di hadapan kami, kiamat itu janjian kami, neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH."

Menangislah di sini, sebelum menangis di sana!!!.............

kesibukan melanda diri..

Assalamualaikum


Sudah berhari2 tak dapat nak hapdet blog tercinta ini dek kerana kesibukan dengan kerja dan macam2 lagilah.
Kepada pembaca2 blog yang tak seberapa ni harap jangan fedup nak jenguk sini lagi..sebab dah lama tak buat entri baru..

Monday 20 June 2011

Apabila kanak2 bercerita tentang Allah

Assalamualaikum


Perbahasan ini berlaku semasa 2 beradik tersebut sedang minum air teh, abang umur 6 tahun adik 4 tahun..


Adik : Abang..Allah cakap kalau abang minum habuk teh tu abang boleh jadi gemuk
Abang : mana adaaa...Allah tak makan, tak minum, tak ada mak, tak ada ayah, tak ada adik, abang, kakak dan baby
Adik : Allah tu minum susu tak??
Abang : Mana ada..Allah tak minum susu..
Adik : Allah tu boleh nampak kita tak??
Abang : bolehhhh...semua Allah boleh tengok sebab Allah tu duduk atas langit!!
Adik : Tapiiii...Allah tu boleh bercakap kannn??
Abang : Tak bolehhhhhhh..
Adik : bolehhhhhhhhhhhh...cuba tanya abah!!
Abang : tak bolehhhhh lahhhhh...(sambil meninggikan suara), 
Allah tu maha berkuasa, Allah tu ada kat syurga, kita boleh jumpa Allah kat syurga je..


Perbualan tamat...



              

Saturday 18 June 2011

Seth Tan sudah berpaling tadah!!


Assalamualaikum

 

Bukan dengan Nora Elena lagi tapi dengan Nur Fathia..
Esok di TV3 Stanza Cinta, jom ramai2 kita saksikan 
Kisah cinta terbaru Seth Tan (Aaron Aziz) ini

Semakin banyak pulak drama2 yang diadaptasikan dari novel2 
TV1 & TV2 pun selalu siarkan drama2 seperti ini
Satu perkembangan yang memberansangkan!!!
Selain membaca novel kita juga boleh saksikan drama 
Mungkin dapat memberikan gambaran lebih jelas 
Tentang sesuatu karya novel tersebut.



Bersempena Hari Bapa (19 June 2011)

Assalamualaikum

Selamat Hari Bapa kepada semua yang sudah bergelar bapa terutama kepada hubby aku. Semoga akan terus menjadi bapa mithali & cemerlang demi anak2 kami yang tercinta.

Buat Arwah Abah Tersayang (Saari Bin Sinong)




Ku titipkan rindu dan doa buat mu
Dikala kau telah pergi tinggalkan aku
Pergimu tika aku masih perlukan 
cebisan kasih dan sayang
Darimu...

Dari kejauhan ini 
betapa aku sangat merinduimu
Mengalir air mataku
Mengenangkanmu

Sepinya aku 
Tanpa kehadiran insan tersayang 
Yang aku panggil 'Abah'

Moga rohmu berada disisi para solihin
Ya Allah.. kau peliharalah abahku
Sebagaimana dia memeliharaku dulu.
Amin....

Memori yang tidak dapat dilupakan sewaktu kecil

Assalamualaikum


Nak join contest tak?? Contest ini dianjurkan oleh Dr. Siti Hamidah, sila klik SINI untuk join.



Sebut pasal memori masa kecik2 ni memang banyak tapi banyak yang dah tak berapa nak ingat, almaklumlah sudah lama meninggalkan zaman itu. Tapi ada satu memori yang sentiasa segar dalam ingatan aku hinggalah sekarang. 


Start dari umur aku 7 tahun mak sudah suruh aku mengaji, Kelas mengaji tu biasanya diadakan selepas habis sekolah. Bertempat  disebuah surau lama kat kampung aku. Boleh dikatakan hampir semua ibu bapa akan menghantar anak2 mereka mengaji kat situ. Tiada bayaran satu sen pun yang dikenakan. Kelas mengaji tu bermula selepas solat zohor.

Kebiasaannya apabila sampai aje kat surau aku dan yang lain ambil Muqaddam atau Quran serta rehal kemudian letak dekat tempat masing2. Semasa hendak menunggu tok guru datang mengajar kami pun main2lah dulu..bukannya mengaji. Ataupun kami akan melepak kat kedai runcit kat seberang jalan yang betul2 berdepan dengan surau tu, sambil menghabiskan duit balance belanja sekolah pagi tadi. 


Apabila nampak aje tok guru apa lagi, mulalh masing2 kelam kelibut berlari masuk kedalam surau dan duduk diam2 ditempat masing2 konon2nya sedang mengaji. 


Yang syok mengaji kat situ sebab tok guru yang kami semua panggil 'aki' tu sangat baik dan suka bergurau senda dengan kami semua. Umur dia pada masa tu sudah lebih 60 tahun. Rambut dia sudah putih semuanya, wajah dia suci bersih. Kemana2 sahaja dia pergi dia akan mengayuh basikal tua dia, walaupun umur sudah tua tapi dia masih sihat dan kuat. Kami semua memang sangat sayang pada 'aki'. 


Sehinggalah pada suatu masa kelas mengaji tu terpaksa ditutup kerana 'aki' sudah tak larat dan uzur. Masa tu aku sudah beralih dari Muqaddam kepada Quran, tapi sayang aku tak sempat nak khatam. Semua ibu bapa terpaksa menghantar anak2 mereka mengaji ditempat lain. Akhirnya tok guru aku tu meninggal dunia pada umur lebih 70an kerana sakit tua.


Al-Fatihah buat arwah 'aki' semoga roh beliau ditempatkan disisi para solihin. Amin..
Aku tag 3 orang iaitu Ida, aCik Anie & cik Sue

Menu pagi tadi

Assalamualaikum


Dari semalam pikir apa menu untuk breakfast hari ini, dan inilah hasilnya nasi lemak aje. Walaupun menu ni tak cukup lengkap tapi yang pasti kami sekeluarga enjoy menikmatinya..
Pagi tadi tak boleh nak download pic...tu yang jadi entri petang..
Puan Mas Saari Cik Sue Saari sila jangan terliur pulakkkk..
Selamat menjamu mata!!!







Bijaknya anak2 zaman sekarang..

Assalamualaikum


Sketsa pendek ini dipetik dari SINI..



anak : papa, dlm kluarga kita sapa yg paling atas skali
bapak :  papa la
anak : bukan, YG PALING TUE SKALI
bapak : papa la! no 2 umi
anak : bukan, yg pling atas skali, lepas mak umi, lepas mak kpd mak umi lagi, lagi lagi lagi, sampi yg paling atas skli,huh papa ni laaa!
bapak : blur (dlm hati,nk jawab apa ni haa,tipu tak bleh ank zaman skrg ni)
anak : cepat la papa.
bapak : erm mak kpd mak umi kpd mak umi kpd mak mak mak mak mak mak umi,last skali isteri nabi ADAM la.
anak : sapa nama dia?
bapak : HAWA...
anak : ermm,.ok (dgn nada puas).tpi leh ke kita jmpa dia?
bapak : aduss

Kadang2 akal anak2 kita ni terlalu bijak hingga sampai ketahap kita takde idea nak jawab, oleh itu sebagai ibu bapa kita kena persiapkan diri kita dengan bermacam2 ilmu untuk ditunjuk ajar pula kepada anak2 kita. Barulah kita boleh digelar sebagai ibu bapa yang cemerlang untuk anak2 yang cemerlang juga. Tidak hanya berharap kepada pembelajaran yang diajar oleh guru2 di sekolah sahaja. Sebagai ibu bapa peranan kita dalam mendidik anak2 sangat luas skopnya sama ada mengenai ilmu dunia ataupun ilmu akhirat. Oleh itu jom kita sama2 persiapkan diri kita ke arah itu sebelum terlambat. Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad.


Buang bayi lagi!!

Assalamualaikum

MAYAT bayi lelaki yang cukup sifat dipercayai dibuang yang ditemui terlentang di dalam Sungai Segambut. (16/06/2011)

Satu lagi kes pembuangan bayi...MAYAT bayi lelaki yang cukup sifat dipercayai dibuang yang ditemui terlentang di dalam Sungai Segambut semalam. 
Angkara siapakah ini???
Adakah ini hasil dari perbuatan zina?? MasyaAllah..bayi yang tidak berdosa menjadi mangsa kerakusan nafsu mereka2 yang tidak bertanggungjawab.

Thursday 16 June 2011

Alisha nak kasi flying kiss!! mmuaahhhhh..

Assalamualaikum


Tolong undi Alisha yaaa...klik [SINI] dan like kat gambar Alisha tu..
Saja2 nak mencuba nasib, jom tengok gambar baby kat [SINI]
Semua comey2..
Contest ni ajuran stylobubble

Jom request doodle percuma

Assalamualaikum


Ingatkan nak bagi dodol percuma tadi..
hihihi..rupa2nya doodle..
Nak jugakkkkk!!!
Tak nak yang cekci2.. 
Nak yang bertudung ..
dan comel macam header kat atas tuuu..boleh tak???
Sape yang nak dodol opsss doodle percuma klik [SINI]

Nasib baik turun, bukan naik...

Assalamualaikum


Baguslah kalau turun..aku pun suka jugak, sian kat suami aku yg ulang alik kerja dari Bukit Beruntung ke Ampang. Berkuatkuasa tengah malam tadi, harga petrol Ron 97 turun 10 sen menjadikan harga baru bahan bakar itu RM2.80 seliter. Menurut sumber penurunan harga itu selaras dengan harga pasaran semasa. Harga Ron 97 naik 20 sen pada 4 Mei lalu. Bagaimanapun harga petrol Ron 95 masih kekal iaitu RM1.90 seliter.

Mati itu pasti!!

Assalamualaikum


Semalam berlaku satu lagi tragedi yang menyayat hati..perkelahan yang berakhir dengan kematian, dimana dua orang sahabat karib yang lemas ketika mandi di pusat perkelahan Pasir Kubur, dekat Sungai Lembing Kuantan, ditemui dalam keadaan berpelukan.


Kematian berlaku tanpa diundang, jika Dia menghendaki ianya berlaku maka berlakulah ia tanpa ditunda atau dipercepatkan walau sesaat pun. Sebab itulah manusia disunatkan untuk sentiasa mengingati mati.
(Surah al-A'raf ayat 34)

(Surah an-Nahl ayat 61)


Mati adalah bercerai roh dari badan, tetapi ianya bukanlah satu babak akhir dalam  kehidupan di dunia, malah ianya sebagai suatu proses sementara bagi menempuh kehidupan yang kekal abadi yang bermula dari alam kubur. Setiap makhluk di dunia ini  tidak akan terlepas dari mati.


Maksud Firman Allah s.w.t : "Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat." (Surah Ali Imran ayat 185)
 

Mengingati mati dengan bercita-cita hendak mati adalah berbeza hukumnya, kerana bercita-cita hendak mati yang nekad dengan putus asa, tidak sabar atas penderitaan adalah bukan sifat seorang Islam mukmin dan ditegah oleh syarak ( haram ) kerana nekad sedemikian kadangkala boleh membawa pembunuhan diri


Dengan mengingati mati akan menimbulan rasa taqwa yang mendalam untuk menjunjung perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan segala  larangannya. Serta bersungguh-sungguh berusaha memperbanyakkan harta kebajikan, dan pelajaran sama ada untuk diri atau keluarganya.
 
Timbul rasa kasih sayang serta muhabbah sesama manusia, terutama kepada keluarga, jiran dan masyarakat setempat.
 
Timbul perasaan tanggungjawab untuk membimbing diri dan keluarganya supaya bersungguh-sungguh beramal dan berbuat kebajikan dalam menuntut keredhaan Allah.

Al-Fatihah buat dua orang sahabat baik ini semoga roh mereka akan ditempatkan bersama orang2 yang soleh.








Wednesday 15 June 2011

SOLAT SUNAT GERHANA BULAN PENUH 14 REJAB 1432H / 16 JUN 2011

Assalamualaikum





Hadis riwayat Muslim yang bermaksud:  

Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tandatanda (kebesaran) Allah. Tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat gerhana maka bersolatlah dan berdoalah sehingga kembali terang (hilang gerhana).


 Solat Sunat Gerhana Bulan 
Lafaz niat: rujuk SINI
Maksudnya;
“Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”


Kaifiat: 
sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Khaifiat yang lebih  sempurna adalah seperti Solat sunat gerhana boleh dilakukan sama ada secara berseorangan atau berjemaah.

A.  Rakaat Pertama 
1. Takbiratul Ihram. 
2. Membaca doa iftitah. 
3. Membaca surah al-Fatihah. 
4. Membaca surah al-Baqarah  atau mana-mana surah. 
5. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira 100 ayat. 
6. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah.  
7. Membaca surah Ali-Imran atau mana-mana surah. 
8. Ruku dan membaca tasbih kira-kira 90 ayat. 
9. Iktidal.  
10.Sujud dan membaca tasbih. 
11.Duduk antara 2 sujud. 
12.Sujud kembali. 
13.Berdiri ke rakaat kedua.

B.  Rakaat Kedua 
1. Membaca surah al-Fatihah. 
2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah. 
3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira 70 ayat. 
4. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah.  
5. Membaca surah al-Maidah atau mana-mana surah.  
6. Ruku dan membaca tasbih kira-kira 50 ayat. 
7. Iktidal. 
8. Sujud dan membaca tasbih. 
9. Duduk antara 2 sujud. 
10. Sujud kembali. 
11.Membaca tasyahud akhir. 
12.Memberi salam. 

Solat juga boleh dilakukan dengan dua kali berdiri, dua kali bacaan dan dua kali ruku' sebagaimana solat biasa tanpa memanjangkannya. Begitu juga sah dilakukan sebanyak dua rakaat dengan dua kali berdiri dan dua kali ruku’ sebagaimana solat fardu Jumaat. Namun cara ini meninggalkan fadhilat kerana berlainan daripada perbuatan Nabi. 

Untuk maklumat lanjut sila rujuk [SINI]




Renunglah Sejenak

Assalamualaikum

Lalat dan Penyakit; Rasulullah dan Saintis
Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang di antara kamu maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat.

Islam menghendaki kita supaya menjaga kebersihan sama ada tempat tinggal, pakaian, makanan dan juga minuman. Rasulullah SAW juga amat menitikberatkan hal ini sehinggakan apabila seekor lalat pun yang memasuki makanan atau minuman, baginda menyuruh kita berwaspada terhadap penyakit yang bakal menimpa seperti keracunan makanan dan sebagainya.

Untuk huraian selanjutnya silalah klik [SINI]

Wordless Wednesday#2

Assalamualaikum

~Tahun 1992~

Wordless Wednesday#1

Assalamualaikum..

Tuesday 14 June 2011

GIVEAWAY KAK ES & NESLOO



Hahaha..GA lagi..
Kalau nak join sila klik [ SINI ]
Hadiah klik [SINI]

Tarikh tutup 17 June 2011

Monday 13 June 2011

Kerana email..

Assalamualaikum


Tak semena2 kena marah sebab tak bukak email
Bukan email aku buat apa aku nak bukak
Kalau email aku memanglah hari2 aku bukak


Hangin jugak satu badan
Maka jadilah aku seperti gunung berapi yang dah muntahkan laharnya
Tak sedar bos pun aku marahhh..
Lantaklah.. 


Maaflah boss nasik dah jadi bubur!!
Kemarahan yang tak dapat dibendung




















Rindu betul kat kampung..

Assalamualaikum


Tetiba pulak pagi ni rindu sangat kat kampung, lagipun memang dah lama aku tak balik jenguk rumah pusaka arwah emak dan abah tu..tak tau bila boleh balik...tentu halaman sudah penuh dengan semak samun, daun2 kering dan kemuncuk..Dalam rumah pulak penuh dengan sawang dan taik2 cicak merata2..


Kalau balik kampung, hari ahad mesti tak lupa singgah kat Pekan Sehari di pekan Temerloh, cari kuih muih, ulam ulaman dan sayur sayuran kampung. Kalau p sana memang rambang mata, sampaikan rasa semua benda nak dibeli tambah2 pulak kalau tengok kuih muih yang macam2 jenis dan murah2..Lagi terpukau bila jumpa ulam2 yang fresh2 seolah2 baru dipetik dari pokoknya. Fuhhh..cubalah korang bayangkan...


Masa arwah emak dan abah ada dulu, pekan sehari tu lah tempat mereka cari rezeki, mereka jual kuih, sayur, buah2, ikan dan macam2 lagilah..masa kecik2 dulu kami adik beradik lah yang pergi tolong mak & abah meniaga..kadang2 sebelum kol 12pm semua barang jualan mak sudah habis dijual. Paling seronok bila meniaga masa musim perayaan, memang cepat laris. Kalau bulan puasa mak mulalah sibuk buat kuih muih untuk dijual seperti kuih bahulu, kerepek pisang, kuih putu kacang, buah rotan dan macam2 lagilah. Memang seronok sangat bila semua kuih muih habis dijual.


Tapi semua tu hanya tinggal kenangan, kenangan yang paling indah..

~kat sinilah lokasi Pekan Sehari tu..~