JiRan TetanGGa

Saturday 30 April 2011

Tuhan menguji kesabaranku hari ini..

Assalamualaikum..


Hari ini penuh dengan dugaan..masa nak pegi keje motor tak boleh start, pinjam kete abang ipar, elok2 sampai kat tempat keje, kete  pulak yang tak boleh start..kat rumah pulak anak aku yang kecik hanya tinggal dengan abang dia yang sulung, masa aku keluar tadi dia tidur...tapi ni dah hampir 1 jam aku dan suami keluar, tak tahu apa yang jadi...
Hari sabtu memang kami tak hantar kat baby sitter..Tadi cuba call baby sitter nak minta tolong tengok2kan anak tapi dia tak jawab...Semoga Allah melindungi anak2ku..Allah saja yang tau
betapa risaunya aku...


Friday 29 April 2011

PETUA MENGASIHI SUAMI

Assalamualaikum ^_^


Entri ini pula khas buat para para isteri, petua2 macam mana nak mengasihi suami anda..
Hayatilah dan sama samalah kita praktikkan.



1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna.. selitkan jelingan-jelingan manja.

2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya.

3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasaalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.

4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari, walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.

5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak
dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.

6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.

7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.

8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginnya.

9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya. Jangan sekali mengatakan, busuk pengotor,selekeh atau kata2 yg tidak sepatutnya dilemparkan, kerana hati suami akan tersentuh apabila isteri berkata2 demikian.

10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah satu-satunya kekasihku".

11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.

12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain, terutama sekali perkara yg boleh menjatuhkan air muka suami anda. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.

13. Sekiranya suami anda berhajat untuk "bersama" anda, layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.

14. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima'. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima'. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.

15. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.

16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat. Ingat wahai isteri jgn biarkan suami anda kesakitan sendiri, sesungguhnya dalam keadaannya sakit dan anda pula tidak sikit pun menghiraukannya, hati lelaki mudah berkata' inginkanseseorang yang dapat membantu', jangan la hanya ingin senang bersama, bila susah tidak hiraukan. Pemikiran lelaki tak dapat di baca apabila umurnya 40 an.

17.Selalu la memasak untuk suami terutama bagi wanita yg berkerjaya. Elakkan suami anda dari selalu makan di luar, kerana air tangan seorang isteri juga dapat mengeratkan kasih sayang terhadap sesebuah keluarga.

18. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda. Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda disyurga. Kepada isteri, jika anda berlakukan demikian, teruskan la, kepada yang tidak melakukan salah satu darinya, cuba la baiki diri anda. Sesungguhnya yg paling penting, hormat la suami anda, jangan sekali di caci.

Yg baik datangnya dari Allah s.w.t, yg buruk datangnya dari diri kita sendiri...ubahlah sebelum terlambat.


p/s Hasil Nukilan -  MY Baby Store

PETUA MENGASIHI ISTERI

Assalamualaikum & selamat hari Jumaat..


Sempena hari Jumaat yang penuh keberkatan ni, aku nak share beberapa petua untuk suami bagaimana nak mengasihi isteri, semoga rumahtangga kita akan bertambah aman bahagia hingga ke akhir hayat, sama samalah kita praktikkan petua2 ini.



1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan "I Love You".

2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

3. Sekali sekala Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.

4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.

5. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.

6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan pendidik.

7. Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat isteri.

8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

9. Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan semuanya...... sekiranya pendapat isteri anda salah, betulkannya.

10. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa.

11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.

13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.

14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.

15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.

16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan.

17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.

18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak ramai.

19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak.

20. Belikan hadiah kecil dari semasa kesemasa seperti minyak wangi, jamu atau umpamanya, kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri.


p/s hasil nukilan  MY Baby Store 

Thursday 28 April 2011

Lampin pakai buang atau lampin kain?? Mana satu pilihan anda..

Assalamualaikum 



Anda ada baby yang masih memakai lampin??? apa lampin pilihan anda, lampin pakai buang atau lampin kain..bagi ibu bapa yang guna lampin pakai buang, adakah anda pasti yang lampin tersebut selamat untuk bayi anda???


Ramai ibu bapa tidak tahu di dalam lampin pakai buang terdapat bahan kimia dioksin yang terhasil akibat proses pelunturan. Proses ini berlaku pada kertas yang digunakan bagi menghasilkan lampin pakai buang yang perlu dilunturkan supaya bersih dan putih. 


Selain itu, sejenis bahan iaitu sodium polyacrylate dimasukkan ke dalam lampin untuk membuatnya menyerap dengan banyak. Bahan ini akan bertukar gel apabila basah dan boleh menyebabkan kulit bayi menjadi kemerah merahan sekiranya lampin lambat ditukar.


Ruam lampin juga berlaku disebabkan alahan , kekurangan pengudaraan di dalam lampin. Ini sangat merbahaya kerana membiarkan bayi memakai lampin yang sama hingga berjam jama akan menyebabkan bakteria bertindak balas dengan ammonia dalam air kencing yang akan menyebabkam ruam lampin yang teruk.


Selain kesihatan, pemakaian lampin pakai buang selama 3 tahun menyumbangkan kepada 50% daripada keseluruhan sampah yang dikeluarkan dari rumah. Ini terbukti apabila lebih daripada 27 juta lampin pakai buang sampai ke tempat longgokan sampah di serata dunia manakala sehelai lampin pakai buang mengambil masa 500 tahun untuk reput dengan sendirinya. Sudah tentu ini akan mencemarkan alam sekitar.


Maka oleh kerana itu seorang ibu Nor Farhana Mohamad Fadzil telah memperkenalkann produk Cloth Diaper keluaran syarikat beliau, lampin kain ternyata lebih selamat jika dibandingkan dengan lampin pakai buang walaupun cara pemakaiannya agak rumit. Antara kebaikan Cloth Diaper ini ialah mudah dibasuh, selesa dan mempunyai pengudaraan yang baik untuk kulit bayi. Bayi juga akan lebih cepat belajar membuang air sendiri ditandas, kerana dengan memakainya mereka cepat membezakan antara basah dan kering. Ia juga terdapat dalam pelbagai corak dan warna yang boleh disesuaikan dengan baju bayi anda.





Penggunaan lampin kain ini sangat menjimatkan, harganya RM45 sehelai tapi boleh digunakan untuk anak seterusnya selagi lampin kain itu tidak rosak. Bertukarlah kepada sesuatu yang lebih selamat untuk bayi kita.

SANTAI BEN ASHAARI :KENAPA AKU SEORANG BLOGGER

image

Kenapa aku seorang blogger ???? Kalau berminat nak join silalah ke sini !!!


Niat aku mula2 tu memang untuk suka suka disamping  memenuhi tuntutan naluriku yang telah dihasut oleh adik2 aku..Mas Saari & Cik Sue Saari. Tiap kali jumpa mesti dia orang citer tentang blog dia orang, dalam hati "macam best jer buat blog ni"...


2 Mac 2011 bermulanya langkah pertama aku dalam cubaan berblog, dari sehari ke sehari minat aku berblog makin menjadi2, mula2 blogwalking saja, masuk blog orang2 femes2 termasuklah Ben Ashaari, aku timba ilmu sikit sebanyak dari entri2 blog mereka.


Lama kelamaan memang syok habisss!!! dapat ramai kenalan, dapat banyak ilmu dan tips2  yang berguna, disamping dapat memperbaiki mutu penulisan & entri kita.

Resipi yang direquest..

Assalamualaikum..


Saja2 nak memenuhi permintaan bff aku..aCik Anie beberapa hari lepas, kalau korang nak berkenalan ngan dia g lah terjah blog dia 'http://www.alamakkkanie.blogspot.com'..dia ni sorang yang peramah, baik hati & kelakar..


Rendang Daging Ala Teratak Kasih
Bahan2nya
A
1 kg daging lembu/kerbau
10 tangkai cili kering (kalau suka pedas letaklah lebih) 
2 biji bawang besar (kalau nak guna bawang merah pun boleh)
3 ulas bawang putih 
Halia (1/2 inci)
Lengkuas (1/2 inci)
Sedikit kunyit hidup


B
1 mangkuk santan pekat (diambil dari 1 biji kelapa)
Kerisik (kalau nak sedap buat sendiri, kalau malas beli jer yang ready made)
3 batang serai (2 batang di ketuk, 1 batang di hiris)
3 helai daun kunyit (di hiris)
Penumis 4 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih & buah pelaga)
Daun limau purut (terpulang kat korang nak letak atau tak)
Garam, gula & serbuk perasa


Cara membuatnya:-

  1. Daging tu potong kecik2 agar senang nak makan, cuci bersih2 & rebus selama 1 jam (sampai daging empuk)
  2. Sementara nak tunggu daging empuk, ambil bahan2 A potong kecik & diblend halus
  3. Agak2 dah hampir 1 jam bolehlah panaskan kuali, masukkan minyak (jangan letak terlalu banyak, tak elok untuk kesihatan), mula2 tumis 4 beradik sampai naik bau, kendian masukkan bahan yang dikisar halus tadi tumis hingga wangi, atau sehingga cili masak
  4. Bila cili dah garing barulah masukkan daging bersama dengan air rebusan tadi kacau hingga sebati, biarkan seketika, jangan lupa kacau agar tidak melekat.
  5. Lepas tu bolehlah masukkan santan & serai ketuk, kacau dan kacau lagi, bolehlah letak garam, gula & serbuk perasa (jika suka).
  6. Pastu baru masukkan kerisik, kacau lagi dan biar sampai agak2 pekat barulah masukkan serai, daun kunyit yang dihiris bersama daun limau, kacau selama 5 minit, boleh angkat & hias (ikut citarasa sendiri)
'gambar di ambil dari google'

aCik Anie selamat mencuba yaa !!!


Wednesday 27 April 2011

Jangan marah ekk..



Assalamualaikum..

Tukar background lagiiii...so kepada rakan2 blogger yang rajin singgah kat blog aku ni, mintak maaf banyak2 sebab asyik bertukar2 background jer, takut korang nyampah lak nak masuk kang !! bukan apa...nak cari yang betul2 serasi ngan jiwa, tapi rasa2nya dah jumpa..InsyaAllah tak kan tukar lagi..
So, jangan serik2 jemputlah datang bertandang lagi yeee !!!

Accident lah pulokkkk...

Assalamualaikum...

Suspen je kan bunyi tajuk tu...ehhh memang pun, aku accident !!! Nak tau cerita selanjutnya...
(skrol kebawah)

*
*
*
*
*
*
*
*
Kejadian ini berlaku masa aku tingkatan 2, hehehe...saje nak kasi suprise !! Lepas baca entri adikku Mas Saari, (g lah intai blog dia) berkaitan kemalangan masa kecik kecik...teringat lak kisah accident yang aku alami...

Berbalik kepada cerita aku tadi.., aku pun dah tak ingat tahun kejadian,..Alkisahnya, adik aku no.2 dapat masuk sekolah berasrama penuh (Sek Men Abu Bakar, Temerloh). Pada hari kejadian, pagi pagi lagi abahku dah pesan petang nanti teman abah hantar adik aku tu.. Dalam family aku dialah orang pertama yang dapat masuk sekolah berasrama (kategori cerdik lah..)
Nak tau kami hantar naik ape !!! Naik BASIKAL jer !!! 


lebih kurang macam nilah rupa basikal abah..

Keluarga kita orang bukan orang senang, yang mampu pada masa tu hanyalah beli basikal...Abah aku naik 1 basikal, adik no.2 naik 1 basikal..aku naik ngan adik yang no.3, sebab nanti time balik adik yang no.3 nak bawak balik basikal adik yang no.2 tu (paham ke ayat aku ni ???) Sebenarnya ada jalan alternatif nak ke sekolah tu..ikut jalan kampung, dekat sikit, kalau ikut jalan bandar susah, sebab jalan raya sibuk jauh lak tu..


Sambil menggalas beg dia yang berat tu..bermulalah perjalanan kami, 
mula mula aku dok belakang, adik no.3 bawak..sampai sekerat jalan aku lak bawak..
badan aku ni kecik jer so terhoyong hayanglah sikit basikal tu, 
abah ngan adik no.2 tu dah jauh kedepan..
kayuh punya kayuh sampailah kat satu destinasi dimana kena turun bukit, 
bukit tu agak curam..abah ngan adik no 2 tu dah sampai kat bawah...
aku pun memberanikan diri teruskanlah jugak, 
masa turun bukit tu aku tak dapat nak imbang basikal..
aku kurus kering, bawa lak adik aku yang badannya agak besar, 
apa lagi melelong lelonglah kami ke kiri ke kanan sambil mulut menjerit, arghhhhhhhhhhhhhhh !!!!


kedebukkkk !!!! kami pun jatuh tertonggeng kat atas jalan tu menyembah bumi..
Ya Allah !!! sakitnya tuhan aje yang tau, aku tengok abah berlari kat kami berdua...
sambil menangis..bangun, tegakkan basikal, duduk kat tepi jalan sambil tengok luka luka yang berdarah tu...habis paha aku rabak kena geseran jalan tar, adik aku pun sama..(parut tu masih kekal sampai sekarang).

Abah dah risau..dia tanya boleh ke nak bawak ni, kami berdua kuatkan semangat walaupun terdengkut dengkut, kena juga hantar adik aku ke asrama...sambil menahan pedih kami teruskan perjalanan. Sementara nak tunggu abah siap daftarkan adik no 2 tu, bayangkanlah betapa terseksanya kami berdua menahan kesakitan..

Sampai je kat rumah, terus mak cuci luka luka kami dan letak ubat..kita orang tak pergi klinik pun, ye lah masa tu abah orang susah mana mampu, memadailah dengan cuci luka guna ubat kuning dan sapu luka dengan ubat biru (lupa dah nama ubat tu, cuma ingat color je).

Inilah pengorbanan kami berdua disebalik accident yang berlaku tu...masih segar dalam ingatan walaupun dah lama berlalu..

Memang aku pelupa!!!

Assalamualaikum..





Perut tengah nyanyi lagu dondang sayang mintak diisi, tapi tak boleh nak kuar beli makanan..kedai takde orang jaga, member aku cuti lak.
Ekceli..pagi tadi aku dah siapkan bekal untuk lunch hari ni, baki lauk malam tadi..nak jimat kos, tapiiiii...sayang seribu kali sayang bekal tu tertinggal kat rumah baby sitter aku...camne lah aku boleh terlupa nak ambik..!!! 

Ini menandakan aku memang seorang yang pelupa, atau memang aku dah tua ???? Entah2 banyak sangat TERminum air campur ngan semut kot..
Apa pun..dari nak save budget langsung tak jadi...kena jugak lah kuarkan duit beli makanan, oleh kerana perut dah lapar sesangat ni, tak kira, aku kasi closed kejaplah kedai ni...nak cari habuan perutku ini..


Tuesday 26 April 2011

BEN ASHAARI KENANG MASA SEKOLAH

Assalamualaikum..

[image[3].png]

Berminat nak join klik sini..
Hermmm...zaman sekolah!!! kalau diberi peluang sekali lagi, konpom aku nak balik semula ke zaman aku bersekolah dulu..hampir 17 tahun sudah meninggalkan alam persekolahan ni..sekarang tanggungjawab aku lak sekolahkan anak anak..
Kalau diingat ingatkan memang syiokkk zaman sekolah ni..paling syok sekali time kena ngorat ngan senior senior, saham naiklah tuuu..hehehe


Paling tak syok bila cikgu matematik masuk kelas, konpom lemah terus kepala hotak dan lutut aku, sebab subjek math adalah subjek yang boleh dikategorikan subjek yang aku paling menyampah (tu yang bengap mengira)  padahal subjek tu yang jadi teras mata pelajaran!!!
Masa sekolah rendah, aku dapat cikgu matematik yang paling garang dalam dunia (aku rasa la masa tu), sebab kalau kita tak dapat jawab soklan dia,..kelepek tapak tangan die lekat kat pipi..aduhhh...kalau nak tau aku penah kena sekali penampor dia, tapi bukan ala ala penampor jepun tu, ni baik sket dari penampor jepun..korang pikir lah sendiri kategori yang sama jenis ngan tu...


Antara kenangan manis aku..kalau tak silap masa tu aku tingkatan 4...dapat no.4 dalam kelas...fuhhh bapoklah bangganya, kalau nak bandingkan murid murid yang seramai 40 orang...hehehe tu kira terbaiklah (pada pandangan aku lah) sebab aku ni bukanlah dalam kategori cerdik sangat.


Inilah antara serba sedikit kenangan aku zaman sekolah sekolah dulu, ekceli banyak lagi tapi kalau nak citer sehari semalam pun tak habis, En. Ben cakap tak lebih dr 100 patah perkataan, tapi ni aku rasa dah lebih kot..(kira halal lah ye Ben..)



200...

Assalamualaikum





Teruja sangat..bukak jer blog, followers dah cecah angka 200 !!!! Menaikkan lagi semangat aku untuk berblog dan akan cuba untuk menaikkan lagi mutu entri..serta menambahkan lagi followers.
Tahniah kepada SaNg Ratu kerana sudi jadi followers Teratak Kasih..semoga SaNg Ratu lebih maju jaya dalam dunia blogging ni..


Monday 25 April 2011

Muka buku jadi medan !!!!!

Assalamualaikum..





Patut ker kalau gaduh suami isteri kuar status kat fb...suami salahkan isteri...isteri salahkan suami..
Last last langsung jadi medan gaduh kat fb, sampaikan semua orang boleh tau yang kita suami isteri sedang berantakan.

Perlu ke nak bagi tau satu dunia yang korang laki bini bergaduh..sampai tahap menda2 terlalu peribadi pun nak disebut, tak malu ker???
Wahai suami & isteri...mintak tolong sangat, tak payahlah hal hal rumah tangga kita diwar warkan kesatu dunia, bukankah hal rumahtangga ni adalah soal maruah korang suami isteri!!! tak kan hal dalam kain pun nak bagi tau semua orang !!!
Hukumnya BERDOSA !! cepat cepatlah sedar dan bertaubat!!

Sekadar peringatan untuk semua dan diri sendiri...tiada kaitan antara yang hidup atau yang telah meninggal dunia !! 
Manusia memang tak lari dari melakukan kesalahan, termasuklah diriku ini...Jika tersedar ayuh lah kita kembali ke pangkal jalan..

Saturday 23 April 2011

Followers ke 200

Assalamualaikum

Tak sabar nak tunggu followers yang ke 200...agak agak bila??? Jom ramai ramai jadi followers blog saya, tinggalkan url korang InsyaAllah saya akan skodeng anda balik..
Janganlah malu malu, silalah datang beramai ramai baca entri...


Berhentilah jadi Tarzan di rumah

Assalamualaikum..


Sebut aje nama Tarzan mesti terbayangkan sorang lelaki gagah, yang hidup dihutan dan berkawan dengan haiwan, namun begitu dia cukup dihormati dan disayangi oleh semua haiwan haiwan di hutan tersebut. Sekali dia menjerit, (jeritlah ala ala Tarzan) semua haiwan kat hutan pakat datang dekat dia...hebattt kannn !!!

Topiknya di sini, perlukah ibu bapa pun turut meniru gaya ala ala Tarzan ni, Tarzan menjerit memanggil rakan haiwannya, kita pula terjerit jerit memarahi atau memanggil anak anak. Tak kira lah kaum ibu atau kaum bapa, sama ada kita sedar ataupun tidak kita kerap juga menjadi tarzan di rumah kita dan tanpa kita sedar juga ianya menjadi satu kebiasaan kepada kita. 

Persoalan yang selalu berlaku ialah ibu dan bapa tidak mempunyai kesabaran yang cukup dalam mempengaruhi anak anak. Untuk membuatkan anak anak patuh dan ikut arahan kita, kita perlu pengaruhi mereka dulu supaya apa jua yang kita utarakan akan menjadi satu saranan yang cukup efektif buat mereka.

Mulai hari ini jom kita bertekad untuk tidak lagi menjadi Tarzan di rumah kerana ianya lebih membawa energi yang negatif dari positif. Marahlah dengan kasih sayang, suruhlah dengan penuh kebijaksanaan, InsyaAllah anak anak akan sentiasa patuh dan hormat kepada anda.

Sumber maklumat ini saya perolehi dari Majalah Mingguan Wanita, jika anda nak tau cara cara untuk berhenti jadi Tarzan di rumah bolehlah menghubungi no. (016-2471009-Cik Nurul). Selepas ni saya pun nak praktikkan juga lah !!!

Suami main kayu tiga..punca perceraian !!!

Assalamualaikum..


Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan tetiba mengundang..!!! Kain tak kering lagi, hujan turun mencurah curah..Sebenarnya bukan nak cita pasal cuaca, tapi ayat mula mula tu ada kaitan dengan entri kali ni..


Tahun ni dah 3/4 kali aku telah dikhabarkan mengenai berita pasal perceraian dikalangan keluarga, sahabat baik dan saudara mara aku, punca perceraian semuanya akibat suami main kayu tiga dengan perempuan lain.
Kadang kadang bila aku kenangkan balik, apa yang sebenarnya seorang lelaki (suami) nak dari isteri, isteri dah bagi layanan yang sempurna, cukup lengkap..pakej semua ada..tup tup suami cari pompuan lain jugak!!


ATAU hanya untuk suka suka ??? 
Mula dari senyum senyum, pandang pandang pastu tukar tukar no phone, bersms, calling..calling, kuar dating..last last tak sedar terjatuh hati..langsung lupa anak isteri dirumah !! 
Mudah benar kaum adam ni jatuh cinta, semudah abc, 123..
Betulll ke macam tu ??


Tapi..kalau nak salahkan lelaki 100% pun tak guna juga, 'tepuk sebelah tangan, tak kan berbunyi'..


Apa yang penting IMAN yang teguh didada..InsyaAllah terhindar dari segala godaan syaitan..Dan yang paling penting, orang pompuan ni memang tak suka berkongsi kasih atau bermadu..prihatin lah wahai kaum adam..


Makanan & Minuman Yang Dicemari kesuciannya

Assalamualaikum..



Kebelakangan ni produk produk makanan yang tidak diketahui bahan bahannya sama ada halal atau haram semakin melambak lambak di pasaran...kita sebagai pengguna kena ambil  tahu dan buat research kat internet untuk mengetahui tentang halal haramnya sesuatu produk itu. 


Kadang kadang tanda logo halal JAKIM terpapar pada produk tersebut, tapi adakah ia benar benar selamat untuk digunakan?? Betul ke tanda logo HALAL itu disahkan oleh JAKIM atau sebaliknya..???
Peningkan kepala kita sebagai umat Islam..produk haram telah dicampur aduk dalam makanan yang kita makan, Bayangkanlah makanan peberet kita selama ni..yang sudah lama kita telan dan jadi darah daging kita, dicampur dengan bahan bahan HARAM !!!! MASYAALLAH !!! Moga Allah ampunkan dosa kita semua.


Kalau dipikir pikirkan balik, patutlah doa kita tidak dimakbulkan Allah, anak anak pula semakin tak mau dengar cakap ibu bapa..rupa rupanya puncanya adalah 'makanan yang kita makan'..


Moh la kita bertukar kepada produk produk yang dihasilkan oleh kaum bumiputera yang memang sah HALALnya. Kenapa mesti mengagung agungkan produk keluaran antarabangsa sedangkan diragu kesuciannya. Untuk rujukan kita bersama dan maklumat lebih lanjut sila klik sini. 

Wednesday 20 April 2011

Kenangan silam..dirompak oleh perompak jahanam !!! Part 2




Sampai je kat bus stop Pekeliling, masa tu dah gelap gulita..kol 9.30pm..lambat sampai sebab jalan jam, time raya mana tak jam..tadi budget 8.30 leh sampai, sempat lah ngan bus ke Subang Jaya...mana tau nak jadi gini..bus last ke Subang kol 10pm..sampai jer kat tempat tunggu bas ke Subang tu bus dah takde...aduhhh!!! dalam hati tuhan aje yg tau, menggelabah giler..kalau naik teksi, konpom caj mahal..(sayang duit lagi..) 
lebih kurang dalam 30 minit...adalah sebijik bus lagi nak p Subang...fuhhh legaaaa, aku pun naik lah sambil tak henti2 berdoa moga perjalanan aku selamat.

Nak dijadikan cerita, bus tu tak nak masuk kat taman perumahan yang aku tinggal tu..sebab dah lewat, bus tu berhenti sampai masjid jer (lupa dah seksyen berapa), salahnya aku juga..bodoh sangat ikut jalan tepi masjid tu, gelap takde lampu jalan, orang lain semua turun ke jalan besar tempat tunggu teksi..

Aku pun jalan lah laju laju, masa tu ada sebiji moto lalu...buat tak tau je lah...nak cepat, malas nak tengok kiri kanan.
Tiba tiba dengar orang berlari kat belakang, aku ingat orang joging (bodohnya aku, mana ada orang joging malam2 buta)..dalam dok pikir2 tup tup, zappp sebilah pisau potong daging diletak kat leher aku, semasa nak elak sepantas kilat tangan aku menahan mata pisau tu sampai terbelah sikit tangan aku luka..Perompak tu cakap 'jangan menjerit,kalau nak selamat bagi dompet awak', demi menyelamatkan nyawa aku terus bagi semua yang ada, tapi perompak tak puas hati..sebab dalam dompet ada rm 20 jer, dia pun menggeledah beg pakaian aku, tapi yang ada cuma kuih raya ngan baju...hahaha padan muka kau..tak percaya cakap aku...lepas tu perompak tu tekan kepala aku ke bawah dan tolak aku sampai terduduk, spek mata aku pun tercampak, dia tarik tudung aku, terus disentap rantai leher dan gelang tangan aku...sebelum dorang blah, sempat lak aku merayu suruh pulangkan I/C, tapi depa buat dek jer dan terus cabut, tinggallah aku teraba raba sambil menangis ketakutan mencari spek mata yang dibuang dek perompak jahanam tu..

Selepas jumpa spek mata, pakai tudung ala kadar, aku kuatkan semangat untuk berjalan walaupun sudah beberapa kali terjatuh sementara nak sampai ke tempat tunggu teksi...driver teksi yang aku naik tu tengok aku pelik semacam tapi agaknya dia tak berani nak tanya, atau dia pun takut tengok muka aku yang pucat tak berdarah, menggigil satu badan sambil pegang tangan yang berdarah...


Dipendekkan cerita, keesokan harinya bos aku bawa aku buat report, dan pegi klinik untuk jahit luka. Lepas tu barulah aku call mak kat kampung bagi tau kejadian tersebut..terkezuutttt lah orang tua tu. Aku bersyukur, nasib baik perompak tu tak apa apakan aku, parut luka tu masih nampak sampai sekarang, lama jugak lah nak hilangkan fobia tu. Moralnya, ni lah padahnya kalau tak dengar nasihat orang tua.

Tuesday 19 April 2011

suka minum milo dan makan sardin? baca ni dulu..



Assalamualaikum..


Nak share info ni ngan blogger semua, aku pun dah jadi konpius ni...milo tu minuman kegemaran family aku..
Sesuka hati dicampur aduk yang halal dan haram..masalah serius ni..kalau nak tau lebih lanjut sila baca sini

Kenangan silam..dirompak oleh perompak jahanam !!! part 1

Assalamualaikum


Tak kira..walaupun sakit kepala..nak update n3 juga..nanti followers down pulak, mana lah tau kannn???
Hati manusia ni cepat berubah ubah, tapi jangan jadi macam lalang ditiup angin..ditiup ke utara..ke utaralah dia, kalau ke selatan..ke selatan lah dia..tu maknanya tak tetap pendirian..eh eh melalut pulak lari dari tajuk.





Aku nak kongsi satu kenangan pahit yang memang tak boleh nak lupa sampai bila bila.tragedi paling tragis dalam hidup aku..kena rompak oleh 2 orang perompak bermotosikal, bersenjatakan pisau pemotong daging!!! (kisah benar tau, bukan rekaan)


Kalau tak silap tahun kejadian, 1995 masa tu umur aku baru 21 tahun, keje kat Subang Jaya. Masa tu raya haji, aku dalam perjalanan balik ke Subang Jaya daripada kampung aku Temerloh, Pahang.
Yang aku ingat time tu tiket bas sume sold out, yang ada cuma tiket bas tambahan tu pun bas kol 6.30pm, oleh kerana desakan hati, aku pun belilah tiket bas kol 6.30pm tu, sementara nak tunggu kol 6.30 aku balik rumah dulu...mak tau...sebakul aku dibebelkan mak. Mak cakap bahaya balik sorang sorang malam malam takut jadi menda yang  bukan bukan. Tapi tu lah hati ni berkeras gak nak balik,tiket da beli tak kan nak pulang balik, rugi arr.. tu lah sayang duit sampai tak sayang diri sendiri..padan ngan muka aku..
*
*
*
*
*


ha!! mesti korang tertanya tanya apa yang jadi lepas tu...tungguuuuuuuu
P/s- kita sambung esok kat part 2..nak balik dah, jumpa esok k...sabau ye !!

Dah 2 hari tak update n3..diserang migrain lagi..

Assalamualaikum..^_^


Dek kerana kesihatan yang agak terganggu, dah 2 hari tak update n3...otak pun jadi tak bape sihat (tak larat nak pikir banyak2)... ntah kenapa sejak 2 menjak ni selalu sangat kena migrain...bukan sakit sikit2..kaw2 punya sakit sampai berdenyut satu kepala (yg aku rasa lah..), kalau ketuk pun tak rasa apa, sebab kesakitan tu mengatasi segala2nya, masyaallah.





Bak kata aCik Anie..simptom monopaus ker...ehh lom masanya lagi, muda lagi..
Bukan tak nak makan ubat, tapi malas nak ajar sangat dengan ubat/pain killer ni..ramai yang kata tak elok kalau selalu sangat makan pain killer. Aku pun dah lama tak pegi buat medical check up, rasa rasanya memang nak kena buat juga lah, mana tau entah entah ada darah tinggi or tekanan darah rendah..mana lah tau kannn!!


Esok kebetulan nak bawa baby Alisha pergi check up, aku pun nak buat medical check up gak lah, kat Klinik 1 Malaysia. Harap harap biarlah kesihatanku stabil kembali tak lama lagi. amiinnn..  

Saturday 16 April 2011

Kongsi Resipi : Scone Buah-Buahan Kering

Assalamualaikum


Hari Sabtu...tentu ramai ibu ibu yang bekerja sedang bercuti, sambil rehat rehatkan badan & minda tu jom la cuba resipi yang saya nak kongsi ni...boleh buat untuk santapan keluarga masa minum petang nanti.
Resipi ni saya dapat dalam majalah Mingguan Wanita.




Scone buah buahan kering
Bahan bahan :

  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 60 gram gula halus
  • 120 gram mentega
  • 1/2 cawan susu segar
  • 60 gram buah buahan campur
  • sedikit garam
Cara cara :
  1. Masukkan tepung kedalam bekas
  2. Kemudian masukkan gula & garam. Gaul rata
  3. Masukkan juga mentega, kacau bahan bahan sehingga sebati
  4. Masukkan susu segar dan kacau perlahan lahan
  5. Masukkan buah buahan kering dan gaul adunan hingga sebati
  6. Canai bahan adunan di atas loyang yang ditabur dengan sedikit tepung
  7. Sapukan sedikit susu segar di atas adunan tadi
  8. Potong adunan seperti potongan piza dan bakar di dalam ketuhar selama 15 minit pada suhu 180 darjah celcius
Tip
  • Bagi yang kurang gemar dengan isi buah buahan kering, bolehlah gantikannya dengan cip coklat, buah kurma ataupun kismis
  • Hanya gunakan sapuan susu segar, dan bukannya kuning telur
  • Tepung gandum ditabur di atas loyang agar adunan tidak melekat pada loyang
  • Begitu juga masa nak potong adunan sapukan sedikit tepung gandum pada pisau atau pemotong agar tidak melekat
  • Bagi yang nak kekalkan rasa buah buahan campuran  ataupun kismis, bolehlah cuba kurangkan gula, kerana isi buah buahan kering sudah sedia manis
  • Hidangan teh tanpa gula amat sesuai dengan scone Inggeris ini memandangkan rasanya manis manis buah

Mudah dan ringkas kan ??? jom kita cuba bersama sama...yum..yum