JiRan TetanGGa

Thursday, 16 June 2011

Mati itu pasti!!

Assalamualaikum


Semalam berlaku satu lagi tragedi yang menyayat hati..perkelahan yang berakhir dengan kematian, dimana dua orang sahabat karib yang lemas ketika mandi di pusat perkelahan Pasir Kubur, dekat Sungai Lembing Kuantan, ditemui dalam keadaan berpelukan.


Kematian berlaku tanpa diundang, jika Dia menghendaki ianya berlaku maka berlakulah ia tanpa ditunda atau dipercepatkan walau sesaat pun. Sebab itulah manusia disunatkan untuk sentiasa mengingati mati.
(Surah al-A'raf ayat 34)

(Surah an-Nahl ayat 61)


Mati adalah bercerai roh dari badan, tetapi ianya bukanlah satu babak akhir dalam  kehidupan di dunia, malah ianya sebagai suatu proses sementara bagi menempuh kehidupan yang kekal abadi yang bermula dari alam kubur. Setiap makhluk di dunia ini  tidak akan terlepas dari mati.


Maksud Firman Allah s.w.t : "Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat." (Surah Ali Imran ayat 185)
 

Mengingati mati dengan bercita-cita hendak mati adalah berbeza hukumnya, kerana bercita-cita hendak mati yang nekad dengan putus asa, tidak sabar atas penderitaan adalah bukan sifat seorang Islam mukmin dan ditegah oleh syarak ( haram ) kerana nekad sedemikian kadangkala boleh membawa pembunuhan diri


Dengan mengingati mati akan menimbulan rasa taqwa yang mendalam untuk menjunjung perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan segala  larangannya. Serta bersungguh-sungguh berusaha memperbanyakkan harta kebajikan, dan pelajaran sama ada untuk diri atau keluarganya.
 
Timbul rasa kasih sayang serta muhabbah sesama manusia, terutama kepada keluarga, jiran dan masyarakat setempat.
 
Timbul perasaan tanggungjawab untuk membimbing diri dan keluarganya supaya bersungguh-sungguh beramal dan berbuat kebajikan dalam menuntut keredhaan Allah.

Al-Fatihah buat dua orang sahabat baik ini semoga roh mereka akan ditempatkan bersama orang2 yang soleh.








2 comments:

Liza @ Adzriel AB said...

tajuk samalah hari ni... tapi isi lain sikit je.

http://adzriel.blogspot.com/2011/06/mati-itu-pasti.html

Liza @ Adzriel AB said...

kak liza ada baca tadi... sedih hati. alfatihah.