JiRan TetanGGa

Monday, 23 May 2011

Donut lagi..

Assalamualaikum


Sebenarnya resipi dah berlambak2 aku copy, cuma belum berkesempatan nak membuatnya  Tunggu ye buku resipiku, akan ku godam jugak satu hari nanti.
Semalam sempat buat donat aje untuk minum petang, lagi pun anak2 memang suka makan donut yang mama depa buat. Kalu nak tau masa mula2 belajar buat donut dulu, pernah donut tu jadi bantat tak naik dan donut jadi keras tak gebu,  tapi sekarang boleh katakan dah expert sikit, belajar dari kesilapan. Jom tengok resipi donut 'ala Teratak Kasih'.


DONUT ALA TERATAK KASIH





Bahan2
1 paket mauripan (direndam dengan air sejuk sehingga betul2 naik) * biasa aku rendam selama 3 jam
1/2 kg tepung gandum
2-3 sudu besar marjerin
1 sk garam*
1sb gula* (* dilarutkan dengan air suam)
Air 
5 sb gula (dikisar, untuk disalut pada donut)
Minyak (untuk menggoreng)


Cara2
1) Masukkan tepung ke dalam besen/mangkuk, masukkan marjerin kemudian gaul hingga sebati.
2) Masukkan mauripan yang telah kembang tadi. Gaul sampai sebati
3) Masukkan larutan garam & gula tadi, gaul lagi. Letak air sedikit demi sedikit atau sehingga doh boleh diuli.
4) Uli doh sehingga doh tidak melekat pada tangan. Kemudian perap selama 30minit.
5) Apabila doh sudah kembang 1 kali ganda dari doh yang asal, bolehlah dibentukkan bulat2,  kemudian buatkan lubang ditengah2.(buatlah ikut suka hati korang, janji bentuk tu nampak macam donut). Jangan buat terlalu besar sebab ia akan mengembang lagi sebelum digoreng.
6) Goreng diatas api yang sederhana. Toskan, kemudian bolehlah digolek2 dalam gula kisar tadi.


psst..Selamat mencuba pada yang nak mencuba!!

8 comments:

♥CiK DuYuNG [Ca]♥ said...

dapnyerrr~ sy suke mam donut! nk ea resepi nie... :)

Freaky said...

ahahaha donut.. maaf gelak.. freaky suka tengok donut sbb comel dan sedap.

Perempuan kampung dan Bandar

Naz said...

Assallamuaaikum Salmiah Saari..
Salam perkenalan dari kite.. Thanks jenguk blog Naz. Naz follow dan link blog ni ke blog naz eh!

Rajin SS buat donut.. Nanti Naz add SS di fb yer..

Hanim Mahali said...

wah, senangnya.... nak buat jugaklah... dah lama cari resepi donut ni... terliuq pulak nengok...

IdaNurFieyda said...

nak belaja buat lah nt..
tp sblm tu nak kak sal buat dulu sebesen bg ida rasa..
hehehe..

ceriteraliyana said...

CL sangat suuuukeeee makan donut..^^

Rozuan Ismail said...

suka big apple.haha

Anonymous said...

Salam ... awk nk minta tlg ... bole x awk adjust "welcome to my blog..." sbb kt cuma bole bkk minimize (fhm2 j lah kan) so ssh nk baca
(k.dilla)