Assalamualaikum..
Sempena hari Ibu esok, hayatilah sajak dari Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood
AJAIBNYA TANGAN IBU
Ketika kita lapar...tangan ibu yang menyuap,
Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman,
Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata,
Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah Syukur,memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,
Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang,
Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran,
Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai duka sambil berkata:Sabar nak, Sabar ye sayang.
Namun,
Ketika ibu sudah tua & kelaparan...tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?
Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...
Ketika jenazah ibu nak dimandikan...
di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.
Tangan ibu, tangan ajaib...
Sentuhan ibu, sentuhan kasih...
Boleh membawa ke Syurga Firdausi...
Ciumlah tangan ibu,
Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi...
Nukilan Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood (Pendakwah & Pengacara Semanis Kurma TV9)
13 comments:
sedihny.. esok hari ibu.. tp sy x dpt pulang ke umah.. jumpe emak sy..=(
bercucuran airmata aku...
harap aku dpt mimpi jumpa mak malam ni!
maris..sabar ye, tipon pun boleh janji kita ingat dia..
mas saari..insyaallah..along pun dah lma idamkan mcm tu..
ibu...ibu...engkaulah ratu hatiku...
love ibu!
salam...
menyentuh jiwa la sajak ne...indah sungguh..
sentuhan ibu yg sgt ikhlas.
syurga di bawah tapak kaki ibu.. juga bapa.. :)
tangan ibu sering memberi..giliran kita pula untuk memberi..
selamat hari ibu buat ibu semua
nampak status dia kat FB masa nak karang sajak niiii
sedihnya...;(
best lah sajak ni.. =]
Post a Comment