JiRan TetanGGa

Wednesday, 18 May 2011

Trend anak2 sekarang, zaman aku dulu tak buat punnnn..

Assalamualaikum..selamat ketemu kembali..


Hehe..semalam cuti hari Wesak, so blog pun cuti gak arrr..lagi pun dalam mood pose (ganti)..jari jemari ni pun perlukan rest..tak gituuu??


Rasanya belum terlambat kalau aku wish 'Selamat Hari Guru' kepada semua cikgu cikgi kat luar sana..
Hari Isnin tu, semasa aku tengah buka pose, anak yang sulung cakap "mama..tadi semua kawan2 abang belikan hadiah untuk cikgu, esok abang nak beli hadiah untuk cikgu jugak", aku pun angguk je lah, bukan apa tak nak dia kecik hati, tapi dalam hati ni berkata2 jugaklah (memang trend bebudak sekarang kot bagi hadiah kat cikgu, aku dulu tak buat pun). 


Ye lah..mana boleh nak samakan zaman kita dulu dengan sekarang, dulu aku memang takut nak mintak duit kat orang tua, melainkan untuk beli barang2 yang berkaitan dengan sekolah je..sebab tu lah tak terpikir pun nak kasi hadiah kat cikgu, lagi pun memang tau orang tua bukannya orang senang nak mintak itu ini. Tapi itu tak bermakna aku tak menghargai jasa cikgu2 aku!!


Berlainan dengan trend anak2 kita sekarang, kang kalau tak kasi kecik hati pulak, tapi ibu bapa kenalah pandai slow talk dengan anak2 supaya mereka paham akan situasi kita, macam anak aku tu..aku cakap kat dia, cikgu tak marah kalau abang tak bagi hadiah tu, yang penting abang kena belajar pandai2 baru cikgu sayang!! Tapi kesian juga kat dia, so belikan je lah..sebagai tanda terima kasih kat cikgu!! Sekurang2nya dia sudah pandai menghargai jasa cikgu selain daripada ibu bapa dia sendiri. Cuma yang perlu kita terapkan kat sini, jangan jadikan itu sebagai satu budaya ikut ikutan, bagaimana pula kalau ibu bapa tu dari golongan yang kurang mampu.

3 comments:

Firdaus Life said...

biasa la budak2 minta duit. freaky dulu pun mcm tu jugak tapi mak ayah kawal la. :) ibu bapa kena pandai kawal anak2

Tunggu apa lagi. Cepat Pindah !!

Sal Saari said...

Freaky

betul tu..

Unknown said...

sekarang ni at least dah mampu nak beli hadiah,ok apa.kita dulu memang lah,tak mampu.