JiRan TetanGGa

Tuesday 31 May 2011

puting kelakar!!

Assalamualaikum wbt..


Anda berani ker nak bagi menda alah ni kat baby anda???
Koleksi terbaru pacifier untuk baby, kelakar dan cute!!

Funny pacifier, baby pacifier, funny soother,

1. material: ABS, silicon
2. this series funny pacifiers have the 2002/72/EEC certification.
3. this pacifier helps baby to fall asleep, also it's modern design, it's funny
and cute,in high quality, safe for baby to use, also will attractive others attention.
4.Average unit Size of pacifier: 55*40mm
5.come with the ori packing

We Have MSDS to prove it.
# Silicone, orthodontic nipple
# Recommended for babies 3 months and up
# Complies with EEC Directive 90/128/EEC
# Complies with 16 CFR 1511 requirements for pacifiers
#Totally BPA Free/ Phthalate Free.
100% Safe / 100% Fun

Dosa melalui mulut!!!

Assalamualaikum


Sebarkan ilmu walau sebaris ayat..yang baik jadikan teladan yang buruk datang dari diri sendiri..kalau salah berilah tunjuk ajar!!





Dalam banyak2 anggota badan mulut adalah anggota yang paling banyak buat dosa, iaitu dosa mengumpat. Terutamanya dosa mengeji mengata dan memfitnah. Ramai manusia yang masuk neraka kerana mulutnya.


Nauzubillah..mintak2lah dijauhkan..Oleh sebab itu adalah lebih baik banyak berdiam daripada berkata2 perkara2 yang tidak berfaedah. Perlu diingat, berkata2 tentang hal orang lain walaupun mengenai hal yang benar juga dikira mengumpat !!!! 


Renung2kanlah..selamat beramal!!!

takut telor jadi masin..

Assalamualaikum


Petang2 ni saje lah nak kongsi kisah kelakar yang baru dapat kat fb tadi..






Citer ni ada la berlaku kat member aku sekitar 4 tahun yg lepas..
Once upon a time........

Satu hari tu aku dengan member aku gi la mandi manda kat satu pantai tu. Kita orang ni masing masing bawak awek..
So,selepas sejam perjalanan dari rumah sampai la juga ke lokasi yang paling strategik untuk pakwe makwe mandi manda,bukan merendek tau..
So,sebelum sessi mandi manda,kita orang pun jamah la makanan ringan yang di bawa bersama..
Bila matahari pun dah tegak atas kepala, kita orang pun tukar la pakaian yang sesuai untuk mandi manda. Adapun kita orang ni takde la pakai spender sahaja atau bikini sahaja, masing masing pakai pakaian yang sopan mengalahkan cipan untuk mandi..

So,apalagi masing masing pun mandi dengan lahapnya macam dah seabad tak mandi.mandi je,takde pun buat bende lain..
Lebih kurang 10 minit berendam dan buat aksi maut lipat terjun,member aku ni pun naik. Aku tanyalah naper dia naik cepat sangat,dia kata nak keringkan badan. Selang 5 minit lepas tu, member aku ni pun masuk balik ke dalam air.
10 minit lepas tu dia naik balik. Aku tanya lagi, jawapan yang sama aku dapat-nak keringkan badan..
So lepas setiap 10 minit mandi dia akan naik ke darat lebih kurang 5 minit untuk keringkan badan, perkara ni berlaku sampai aku pun dah naik muak tengok..
Baru je aku nak tanya apa motif sebenarnya dia buat macam tu tetiba je awek dia tanya, mungkin dia pun dah naik menyampah tengok pakwe dia buat macam tu.

So dia pun tanyalah..

Aweknye: Abang,abang ni kenapa? Lima enam belas kali masuk keluar dari pantai ni? Konpius juga ayang tengok. Abang ada alergik ke duduk dalam air laut lelama?

Pakwenye: Bukannye ape,alergiknye takde,apa pun takde masalah duduk dalam pantai ni lama lama.abang cuma risau,takut lama lama berendam air laut ni abang takut telo abang ni jadi TELO MASIN....
Sekian untuk bacaan rodong2 koi.....:a

Sumber dipetik dari I ♥ PAHANG

Monday 30 May 2011

Jom kita sokong Imam Muda pulakkk!!!

Assalamualaikum


Mentor dah habis, dah tau sape menang cuma tunggu Maharaja Lawak habis nak tau sape yang menang. Dalam pada tu jangan lupa tengok sekali program realiti Imam Muda dekat Astro Oasis setiap Jumaat kol 9 malam. Siapa agaknya yang akan dinobatkan sebagai Imam Muda musim ke 2 ni, adakah Imam Muda Ali, Amar, Azlan, Fatah, Fadli, Fakhrul, Hassan, Nazrul, Najdi atau Mujahid. Program realiti yang berkonsepkan keislaman begini sangat bagus dan jarang boleh kita tonton. Jom sama2 kita menyokong mereka.  




buat apa tuuuu..

Assalamualaikum


Malasnya nak keje..bila tiba hari Isnin semua jadi lemau termasuklah diriku, terpaksalah kuatkan juga jiwa raga ini untuk bekerja. Bestnya dok rumah boleh tido atas sofa sambil bermalas  malasan..(angan2 jer), kalau kat rumah nak tido pun susah asyik kena kacau dengan anak2.


Macam nilah manusia..tak pernah puas dengan apa yang ada, kalu duduk rumah tak kerja boring, kalau dah keje timbul pulak perasaan malas. Patutnya bersyukur bukan asyik mengeluh aje..





Anak2 yang cuti namun ibu bapa pulak yang terlebih excited (akulah tuuu...) nak cuti jugak!!! Walaupun cuti tapi dorang kena siapkan homework yang dibekalkan oleh cikgu. Bagus juga macam tu jadi tak adalah anak2 kita buang masa tak tentu hala. Masa inilah ibu bapa kena memainkan peranan lebih untuk memantau anak2. Termasuklah dengan aku, walaupun anak aku baru Prasekolah tapi memang banyak juga homework yang cikgu bekalkan, tiap2 hari aku akan pastikan anak aku buat 2-3 page. 


Bila pikir2 balik tak ada kesudahan kalau asyik nak cuti jer, buang jauh2 niat malas tu..keje..keje..keje..
Ok lah nak sambung buat keje balik..kalau asyik pot pet pot pet bila nak siap...pa pai..

Saturday 28 May 2011

Sunyi..Sepi..

Assalamualaikum..selamat bertemu kembali..


Bukan rumah aje boleh bersawang dan berhabuk, blog pun macam tu..inilah akibatnya kalau lama ditinggalkan, baru hari ini 'Teratak Kasih' boleh beroperasi semula setelah 4 hari menyepi. Ada masalah teknikal sikit. Sunyi dan sepi kemain dibuatnya. 
Rindu nak berblog rindu nak jenguk blog kengkawan semua rindu kat Sunah, Mas Saari, Sue Saari, rindu kat segmen En Ben, rindu nak tengok resipi2 baru dari Che Mat Gebu, kak CT, Izah, Kak Dayang dan semua sekalilah..tak muat nak sebut semua. 

Monday 23 May 2011

Donut lagi..

Assalamualaikum


Sebenarnya resipi dah berlambak2 aku copy, cuma belum berkesempatan nak membuatnya  Tunggu ye buku resipiku, akan ku godam jugak satu hari nanti.
Semalam sempat buat donat aje untuk minum petang, lagi pun anak2 memang suka makan donut yang mama depa buat. Kalu nak tau masa mula2 belajar buat donut dulu, pernah donut tu jadi bantat tak naik dan donut jadi keras tak gebu,  tapi sekarang boleh katakan dah expert sikit, belajar dari kesilapan. Jom tengok resipi donut 'ala Teratak Kasih'.


DONUT ALA TERATAK KASIH





Bahan2
1 paket mauripan (direndam dengan air sejuk sehingga betul2 naik) * biasa aku rendam selama 3 jam
1/2 kg tepung gandum
2-3 sudu besar marjerin
1 sk garam*
1sb gula* (* dilarutkan dengan air suam)
Air 
5 sb gula (dikisar, untuk disalut pada donut)
Minyak (untuk menggoreng)


Cara2
1) Masukkan tepung ke dalam besen/mangkuk, masukkan marjerin kemudian gaul hingga sebati.
2) Masukkan mauripan yang telah kembang tadi. Gaul sampai sebati
3) Masukkan larutan garam & gula tadi, gaul lagi. Letak air sedikit demi sedikit atau sehingga doh boleh diuli.
4) Uli doh sehingga doh tidak melekat pada tangan. Kemudian perap selama 30minit.
5) Apabila doh sudah kembang 1 kali ganda dari doh yang asal, bolehlah dibentukkan bulat2,  kemudian buatkan lubang ditengah2.(buatlah ikut suka hati korang, janji bentuk tu nampak macam donut). Jangan buat terlalu besar sebab ia akan mengembang lagi sebelum digoreng.
6) Goreng diatas api yang sederhana. Toskan, kemudian bolehlah digolek2 dalam gula kisar tadi.


psst..Selamat mencuba pada yang nak mencuba!!

Saturday 21 May 2011

Hobi baru aku

Assalamualaikum..


Kebelakangan ni aku suka terjah blog2 yang memaparkan bermacam2 resipi. Inilah hobi terkini aku sekarang suka tengok entri2 yang mengandungi resipi masakan, kalau aku suka aku akan salin dan try buat kat rumah. Antara blog2 yang selalu aku terjah cari resipi ialah blog  Mat Gebu, Dari Dapur CT, Izzah Muffin dan banyak lagilah. Ehhh..jangan salah faham pulak, blog2 yang tak cite pasal masak memasak pun aku suka!! 


psssttt...kuat makan.., tapi badan tetap cekeding..tak kan tak cukup vitamin??

Aku tengah 'jk'..

Assalamualaikum


Baru lepas layan youtube Maharaja Lawak Minggu ke 8, hilanglah sikit jk (jiwa kacau) aku ni. 
Kalau time2 jiwa kacau ni tak salah layan lawak2 sebegini, boleh juga kita ketawa, tapi bukan bermakna kita  lupakan Tuhan. Berzikir adalah jalan terbaik untuk jiwa kacau macam ni, 
boleh berhibur tapi biarlah ada batasannya. Jiwa kacau..cakap banyak pun tak guna, 
serba tak kena dibuatnya. Nak p rehatkan jiwa dan minda kejap..solat zohor dulu..


Friday 20 May 2011

Allah Pemberi Hidayah

Assalamualaikum & Salam 1 Jumaat


Dalam surah Al-Fatihah ada satu ayat iaitu
Tunjukilah kami jalan yang lurus,اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
Dalam ayat ini Allah menyarankan supaya kita sering meminta petunjuk/hidayah dari Allah, tanpa mengira masa.
Orang yang tidak mendapat petunjuk atau hidayah Allah akan sentiasa berada dalam kesusahan untuk menjalani kehidupan seharian.
Contoh: fungsi lampu isyarat ialah bagi petunjuk masa berhenti, bersedia dan jalan, sekiranya semua jalan tiada lampu isyarat tentulah kerap berlaku accident.


Petunjuk arah sangat penting untuk kita sampai ke sesuatu destinasi, begitulah juga dengan manusia, dimana kita bakal menuju ke satu perjalanan yang kekal abadi iaitu alam akhirat dan perjalanan menuju ke syurga Allah. Jika kita tidak mendapat hidayah dari Allah maka perjalanan kita itu bakal tersesat dari arah tujuan yang sebenarnya, kerana Allah adalah pemberi hidayah yang paling agung.


Untuk mendapat hidayah dari Allah kita perlu menggabungkan dua perkataan ini iaitu 'taufik & hidayah'.
Hidayah - Petunjuk Allah yang datang dari dalam hati
Taufik - Kesanggupan / kudrat
Jika ada hidayah tiada taufik, Allah sudah kurniakan hidayah dalam hati, sudah ada keinginan tapi tiada kesungguhan untuk melakukannya, padahal tubuh badan sihat dan mampu untuk melakukannya.
Jika ada taufik tiada hidayah, maknanya Allah dah bagi tubuh badan yang sihat tapi tidak mendapat hidayah dari Allah untuk melakukannya.


Tanda2 seseorang itu telah mendapat hidayah Allah:-

  1. Dari tak tahu jadi tahu - asalnya tak tahu dan pandai baca Al-Quran, selepas berusaha belajar dengan bersungguh2 maka hasilnya jadi pandai baca Al-Quran.
  2. Dari tak paham jadi paham - cthnya selama ini tak tahu langsung apa makna dan intipati disebalik surah Yassin, selepas mempelajarinya maka jadi faham intipati surah Yassin tersebut.
  3. Daripada seorang yang suka bergaduh dan memecah belahkan silaturrahim jadi seorang yang sangat menitik beratkan silaturrahim. 

Hidayah juga ada beberapa kategori:-

  1. Tabii (naluri) - secara tabiinya memang Allah adalah pemberi hidayah kepada seluruh makhluk tanpa mengira agama atau bangsa. cth: burung telah dikurniakan Allah naluri sejak azali bagaimana hendak membuat sarang, hasilnya terbentuklah sarang burung yang cantik yang tiada makhluk lain boleh membuatnya.
  2. Hawaz (pancaindera) - hidayah yang Allah berikan melalui anggota badan, cth: ketika beroleh berita gembira, maka secara automatik kita akan tersenyum. Ketika sedih maka kita akan bergenang air mata.
  3. Akal - sentiasa berfikir dengan akal yang Allah telah berikan kepada kita jika hendak menyelesaikan sebarang permasalahan.
  4. Agama - melalui agama kita telah diberikan panduan untuk menjalani kehidupan seharian agar boleh membezakan apa yang boleh atau tidak boleh.
  5. Taufik - merupakan hidayah yang paling mulia kerana ia adalah anugerah tertinggi dari Allah. 

Kesimpulannya, bukan mudah untuk mendapat hidayah Allah ini, justeru itu kita kenalah berusaha bersungguh2 iaitu dengan sentiasa berdoa dan terus berdoa.





Thursday 19 May 2011

Bloglist solomolo - kini dibuka

Assalamualaikum


Kalau berminat nak join klik [SINI].

Blog yang simple, menarik dan berseni
Nama blog juga sinonim dengan orangnya
Entri yang simple tapi penuh dengan pengisian yang berguna
Sesuai dijadikan santapan mata dan minda

SEPATU MERAH 1ST GIVEAWAY!!

Assalamualaikum..


Daripada tak buat apa2, jom join GA dari Sepatu Merah!! 


Klik kat banner pun bolehhhh...

Wednesday 18 May 2011

Hati aku berbunga2!!

Assalamualaikum..

Sukanya hari ni, berbunga2 jer dalam hati
Nak tau sebab apa?? Jom [Klik Sini]

Anyway..timekasih banyak kat Sunah coz sudi buat entri untuk kami adik beradik
Kalau korang nak kenal siapa Sunah ni, jom p tengok blog dia,

Blog dia memang dah femes, entri pun menarik dan best2, 
tak rugi kalau korang datang berkunjung.

Pasti ada jamuan mata dan minda untuk korang!!
Fuhhh..promote beb!! bukan apa, sebagai membalas jasa cik Sunah..


pssstt..suke tak cik Sunah???

Trend anak2 sekarang, zaman aku dulu tak buat punnnn..

Assalamualaikum..selamat ketemu kembali..


Hehe..semalam cuti hari Wesak, so blog pun cuti gak arrr..lagi pun dalam mood pose (ganti)..jari jemari ni pun perlukan rest..tak gituuu??


Rasanya belum terlambat kalau aku wish 'Selamat Hari Guru' kepada semua cikgu cikgi kat luar sana..
Hari Isnin tu, semasa aku tengah buka pose, anak yang sulung cakap "mama..tadi semua kawan2 abang belikan hadiah untuk cikgu, esok abang nak beli hadiah untuk cikgu jugak", aku pun angguk je lah, bukan apa tak nak dia kecik hati, tapi dalam hati ni berkata2 jugaklah (memang trend bebudak sekarang kot bagi hadiah kat cikgu, aku dulu tak buat pun). 


Ye lah..mana boleh nak samakan zaman kita dulu dengan sekarang, dulu aku memang takut nak mintak duit kat orang tua, melainkan untuk beli barang2 yang berkaitan dengan sekolah je..sebab tu lah tak terpikir pun nak kasi hadiah kat cikgu, lagi pun memang tau orang tua bukannya orang senang nak mintak itu ini. Tapi itu tak bermakna aku tak menghargai jasa cikgu2 aku!!


Berlainan dengan trend anak2 kita sekarang, kang kalau tak kasi kecik hati pulak, tapi ibu bapa kenalah pandai slow talk dengan anak2 supaya mereka paham akan situasi kita, macam anak aku tu..aku cakap kat dia, cikgu tak marah kalau abang tak bagi hadiah tu, yang penting abang kena belajar pandai2 baru cikgu sayang!! Tapi kesian juga kat dia, so belikan je lah..sebagai tanda terima kasih kat cikgu!! Sekurang2nya dia sudah pandai menghargai jasa cikgu selain daripada ibu bapa dia sendiri. Cuma yang perlu kita terapkan kat sini, jangan jadikan itu sebagai satu budaya ikut ikutan, bagaimana pula kalau ibu bapa tu dari golongan yang kurang mampu.

Monday 16 May 2011

Apa lagi yang nak naik lepas niii..

Assalamualaikum & selamat sore


Apaaaa!!! minyak nak naik harga lagiiiii..terlopong jap mulut, lepas dengar berita yang mengatakan kerajaan bakal menaikkan lagi harga petrol RON95, akibat daripada kenaikan harga minyak dunia.
Baru aje minggu lepas harga gula naik RM0.20 sen sekilogram. Agak2nya apa lagi nak naik lepas ni, alamatnya time cuti tak payah kuar kemana2, duduk rumah lagi baik, save kos..pastu jangan minum guna gula, pakai susu pekat manis. Dah tentulah bulan pose nanti kuih muih naik harga...huhu


Harga barang2 semua dah naik, gaji tak ada chance nak naik ker??? (tuju kat boss aku)
Ok lah nak cite tu jer, hari ni pose tak boleh cakap banyak2 nanti kurang pahala pose..
Errmmmm...tengah pikiaq nak buka ngan apa nanti???


Saturday 14 May 2011

Kalau dah mengantukkk..

Assalamualaikum..


Mengantukkkk wehhhh, tengah syok2 bw pun boleh mengantuk, tak boleh nak tahan2..
Nasib baik member sorang ni baik hati belikan eskrem...huhu hilang dah ngantuk..
Layan eskrem jap..



*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Tentu korang nak kenal sape kawan aku yang baik hati niiii...jom lah ramai2 terjah ke blog dia http://idanurfieyda.blogspot.com, macam2 cerita ada...sape2 yang nak berkenalan pun bolehhh...oppssss tapi dia ni dah jadi tunangan orang...
apa pun mekasihlah cik ida sudi melanjessss eskremmmm, melanjessslah selalu..hihihi

" IISSHHHKKK..!! CABUTAN BERTUAH DAPAT HEADER "

Assalamualaikum..




wancikgumuzik..saya dah join tau, harap2 bertuahlah yeee!! Nak tau korang bertuah ke tak...try lah join cabutan bertuah dari blog wancikgumuzik ni !! Hadiahnya adalah 3 buah header & 3 buah banner untuk blog korang. Selamat mencuba !!

Header 3D Premium Secara Percuma !!

Assalamualaikum

Header 3D Header 3D Premium Dari mohamadfaiz.com

Cantikkan header ni..kalau korang nak blog korang didesign dengan HEADER 3D Premium ini secara percuma, silalah masuklah ke blog mohamadfaiz..siapa yang paling banyak ajak kengkawan referral ke blog dia, berpeluang jadi pemenang, kalau nak tau lebih lanjut silalah klik SINI !! Cepattt tarikh tutup 16 May 2011.

Berwaspadalah dengan lelaki ini !!

Assalamualaikum


Sila camkan betul2 muka penjahat ini...tengah heboh dimedia sekarang tentang kegilaan lelaki ini, suka menyimbah sesiapa sahaja dengan asid, sudah ramai yang menjadi mangsa beliau, daripada sumber berita semalam seramai 23 orang telah menjadi mangsa beliau.. 



Tak taulah apa motif dia berbuat macam tu...gilooo kot..so, kalau rasa2 korang cam ngan muka ini, cepat2 laporkan kepada polis, kalau keluar jalan2 ke K.L tu berhati2 jangan jalan sorang2 terutama kaum hawa!!

Jom Lepak di Bangku Kosong

Assalamualaikum

Bangku Kosong ajak lepakkkk kat blog dia, jommmm..
Nak join klik DI SINI..atau kat header di bawah..

Back To Normal..

Assalamualaikum





Alhamdulillah akhirnya blogspot.com sudah kembali normal..boleh berblog sepuas puasnya..
semua problem sudah dapat diatasi, 
kalau nak tau kenapa 2-3 hari lepas blog tak boleh nak updated...klik SINI..
Moh kita bakorrrr...berblog sakan lah weehhhh!!

Thursday 12 May 2011

Nasib baik boleh berblog lagi..

Assalamualaikum


Hari yang suram..kenapa aku kata suramm..sebab tadi blog ada masalah teknikal, tak boleh sign in, dah boleh sign in tak boleh g dashboard pulakkkk...mati kutu kejap!!
Last2 blogwalking jer tapi tak boleh nak komen mengomen..cuci mata aje..
At least semua dah back to normal..happy lorhhhh..
Selamat malam & selamat berblog, tapi jom p solat dulu!! pa pai..


(gambar takde kena mengena ngan entri..)

Pulihkan tenaga


Assalamualaikum


Hari ini energy kurangg..tak tau g mana semua energy aku..lemah longlai jer rasa, maybe tak cukup rehat ataupun banyak sangat berfikir. Terlalu banyak berfikir kadang2 boleh membuatkan kita jadi tak tentu arah !!
Bila otak kita penat secara automatik badan kita pun penat...so untuk memulihkan tenaga dalaman, aku memilih minum air ini....baik untuk kesihatan juga..




Bila tenaga dalaman dah pulih, barulah otak kembali cergas, apabila otak dah cergas dengan itu kita dapat berfikir dengan waras. Agar tidak berlaku ketidakwarasan berfikir dengan sempurna, yang boleh terjerumus kepada bermacam2 tindakan yang diluar batasan tanpa kita sedari. Maka terjadilah bermacam2 kes yang kita dengar sekarang...pembuangan bayi, pembunuhan, penderaan, bunuh diri, sakit mental dan pelbagai lagilah, semua ini berlaku kerana pemikiran kita yang waras telah dihasut dan ditakluki oleh nafsu dan syaitan..


Oleh yang demikian akal fikiran yang waras sangat penting, agar kita boleh berfikir dengan sebaik2nya supaya dapat membuat keputusan yang bijaksana. Disamping itu kenalah sentiasa mengingati Allah, agar Syaitan dan Iblis takut untuk menakluki akal dan jiwa kita..InsyaAllah..

Wednesday 11 May 2011

kering kontang..





Assalamualaikum..

Cuaca kat luar memang panas dan kering kontang sekarang..
Idea aku pun kontang sampaikan tak kuar langsung apa nak tulis..
Tak pe arrr relax jap...sambil tu boleh blogwalking..



Monday 9 May 2011

Mama terharu sangat..

Assalamualaikum..


Sempena Hari Ibu semalam, ekceli tiada apa yang menarik, rutin aku macam biasa jer sama macam hari2 lain, cuma ada satu perkara yang membuatkan aku terharu sangat ialah kad ucapan sempena Hari Ibu dari anakku yang sulung (6 tahun). Walaupun kad tu tak lah secantik mana2 kad ucapan didunia ini..tapi bagi aku kad ucapan dia buat adalah yang paling cantik dimata aku..walaupun tulisannya senget benget dan bersambung, almaklumlah budak baru belajar...





Pagi semalam Afiq request suruh buat donut..katanya dah lama tak makan donut mama buat, so inilah hasilnya donut buatan aku, sedappp wooo...hehe syok sendiri kot, tak kisahlah,  yang pasti anak2 kata sedappp..ok lah tu!!


.

Saturday 7 May 2011

SAJAK : AJAIBNYA TANGAN IBU (KASIHNYA IBU)

Assalamualaikum..

Sempena hari Ibu esok, hayatilah sajak dari Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood



AJAIBNYA TANGAN IBU
Ketika kita lapar...tangan ibu yang menyuap,
Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman,
Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata,
Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah Syukur,memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,
Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang,
Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran, 
Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai duka sambil berkata:Sabar nak, Sabar ye sayang.
Namun,
Ketika ibu sudah tua & kelaparan...tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?
Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...
Ketika jenazah ibu nak dimandikan...
di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.
Tangan ibu, tangan ajaib...
Sentuhan ibu, sentuhan kasih...
Boleh membawa ke Syurga Firdausi...
Ciumlah tangan ibu,
Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi...
Nukilan Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood (Pendakwah & Pengacara Semanis Kurma TV9)

Friday 6 May 2011

BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011

image



Assalamualaikum & Salam 1 Jumaat

Tengok sebelah mata pun dah tau sape punya blog kan..?? Yang pasti aku tak nak ketinggalan..korang??? klik jer SINI..jom beramai ramai join..

Thursday 5 May 2011

Aromatherapy bear utk 3 org bertuah



GA dr sis NaNa, korang nak bear yang chumelll ni??? klik la banner tu...

Cantik di hati..

Assalamualaikum


Keagungan peribadi kita terletak pada kesediaan kita untuk memberi bila beruntung, untuk memimpin bila berilmu dan untuk membela bila kuat.
Seseorang manusia itu akan disanjung kiranya dirinya dibekali dengan akhlak yang mulia disulami dengan bunga bunga keimanan dan dihiasi dengan cahaya ketaatan kepada Tuhan.


Nota kaki: kata2 dipetik dari majalah Mingguan Wanita

Wednesday 4 May 2011

Pelam cicahhhh..


Assalamualaikum..

Saje jer nak bagi korang telan ayer liuq...telan banyak2 sebelum tengok pic..
Ahad lepas balik kenduri kawin sedara, singgah rumah mak mertua kejap, ternampak pulak buah mempelam berjuntai2 jer kat pokok..terus suruh suami amik galah nak jolok buah, bukan mengidam k...dah lama sangat tak makan pelam cicah ni..huhuhu (selamat menjamu mata..)




Tuesday 3 May 2011

BEN ASHAARI !!! Aku nakkkkk !!

Assalamualaikum

Santai Bersama BEN ASHAARI

Tak tau la sempat ke tak ni...nak try jer..kalau nak join gak klik sini..cepat..kena pantasssss, Ben nak 20 blog terpantas jer..


En. Ben silalah pilih blog saya, teringin gak merasa glamor..hehehe

Monday 2 May 2011

sibuk layan tetamu..


Assalamualaikum


Cuti 2 hari ni tak sempat nak berblog sepenuhnya, kerana busy melayan adik2 dan makcik aku yang datang, sibuk memasak untuk mereka. Hari ahad jer kuar pergi kenduri kawin sedara. Pastu kembali dengan aktiviti rutin seharian, sibuk setelkan kerja2 rumah dan melayan anak2. Malam kelmarin, ntah macam mana tido, kena sakit tulang tengkuk pulak sampaikan tak boleh nak tunduk, sakit... Terpaksalah tampal koyok dan makan panadol extend, barulah lega sikit.
Sekarang ni tengah tunggu laksa masak...tentu kecur korang dengar..tapi ni Cik Sue yang masak, aku nak rehat jap..berblog lah apa lagi, time cuti ni lah nak masak sodap2 sikit...

Sunday 1 May 2011

MENGAPA WANITA SANGAT ISTIMEWA...

Assalamualaikum..


Malam ni entri berkaitan suami isteri lagi...bukan apa sekadar berkongsi maklumat...

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...chec k bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...
tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..

bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...
la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lu pa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..
ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,. ..mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat...pasti anda disayangi kerana memahami mereka...well, women understand women better...
foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan 2 dengan lebih baik lagi...

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...


Nota kaki : Hasil Nukilan Nursy Hisham