JiRan TetanGGa

Friday 20 May 2011

Allah Pemberi Hidayah

Assalamualaikum & Salam 1 Jumaat


Dalam surah Al-Fatihah ada satu ayat iaitu
Tunjukilah kami jalan yang lurus,اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
Dalam ayat ini Allah menyarankan supaya kita sering meminta petunjuk/hidayah dari Allah, tanpa mengira masa.
Orang yang tidak mendapat petunjuk atau hidayah Allah akan sentiasa berada dalam kesusahan untuk menjalani kehidupan seharian.
Contoh: fungsi lampu isyarat ialah bagi petunjuk masa berhenti, bersedia dan jalan, sekiranya semua jalan tiada lampu isyarat tentulah kerap berlaku accident.


Petunjuk arah sangat penting untuk kita sampai ke sesuatu destinasi, begitulah juga dengan manusia, dimana kita bakal menuju ke satu perjalanan yang kekal abadi iaitu alam akhirat dan perjalanan menuju ke syurga Allah. Jika kita tidak mendapat hidayah dari Allah maka perjalanan kita itu bakal tersesat dari arah tujuan yang sebenarnya, kerana Allah adalah pemberi hidayah yang paling agung.


Untuk mendapat hidayah dari Allah kita perlu menggabungkan dua perkataan ini iaitu 'taufik & hidayah'.
Hidayah - Petunjuk Allah yang datang dari dalam hati
Taufik - Kesanggupan / kudrat
Jika ada hidayah tiada taufik, Allah sudah kurniakan hidayah dalam hati, sudah ada keinginan tapi tiada kesungguhan untuk melakukannya, padahal tubuh badan sihat dan mampu untuk melakukannya.
Jika ada taufik tiada hidayah, maknanya Allah dah bagi tubuh badan yang sihat tapi tidak mendapat hidayah dari Allah untuk melakukannya.


Tanda2 seseorang itu telah mendapat hidayah Allah:-

  1. Dari tak tahu jadi tahu - asalnya tak tahu dan pandai baca Al-Quran, selepas berusaha belajar dengan bersungguh2 maka hasilnya jadi pandai baca Al-Quran.
  2. Dari tak paham jadi paham - cthnya selama ini tak tahu langsung apa makna dan intipati disebalik surah Yassin, selepas mempelajarinya maka jadi faham intipati surah Yassin tersebut.
  3. Daripada seorang yang suka bergaduh dan memecah belahkan silaturrahim jadi seorang yang sangat menitik beratkan silaturrahim. 

Hidayah juga ada beberapa kategori:-

  1. Tabii (naluri) - secara tabiinya memang Allah adalah pemberi hidayah kepada seluruh makhluk tanpa mengira agama atau bangsa. cth: burung telah dikurniakan Allah naluri sejak azali bagaimana hendak membuat sarang, hasilnya terbentuklah sarang burung yang cantik yang tiada makhluk lain boleh membuatnya.
  2. Hawaz (pancaindera) - hidayah yang Allah berikan melalui anggota badan, cth: ketika beroleh berita gembira, maka secara automatik kita akan tersenyum. Ketika sedih maka kita akan bergenang air mata.
  3. Akal - sentiasa berfikir dengan akal yang Allah telah berikan kepada kita jika hendak menyelesaikan sebarang permasalahan.
  4. Agama - melalui agama kita telah diberikan panduan untuk menjalani kehidupan seharian agar boleh membezakan apa yang boleh atau tidak boleh.
  5. Taufik - merupakan hidayah yang paling mulia kerana ia adalah anugerah tertinggi dari Allah. 

Kesimpulannya, bukan mudah untuk mendapat hidayah Allah ini, justeru itu kita kenalah berusaha bersungguh2 iaitu dengan sentiasa berdoa dan terus berdoa.





3 comments:

IdaNurFieyda said...

nice entry..wlu pun pnjg tp ckp mendlm maknanya..

Unknown said...

tq for sharing about hidayah =)

safurara said...

thnks for info ><