Assalamualaikum..
Kebelakangan ni produk produk makanan yang tidak diketahui bahan bahannya sama ada halal atau haram semakin melambak lambak di pasaran...kita sebagai pengguna kena ambil tahu dan buat research kat internet untuk mengetahui tentang halal haramnya sesuatu produk itu.
Kadang kadang tanda logo halal JAKIM terpapar pada produk tersebut, tapi adakah ia benar benar selamat untuk digunakan?? Betul ke tanda logo HALAL itu disahkan oleh JAKIM atau sebaliknya..???
Peningkan kepala kita sebagai umat Islam..produk haram telah dicampur aduk dalam makanan yang kita makan, Bayangkanlah makanan peberet kita selama ni..yang sudah lama kita telan dan jadi darah daging kita, dicampur dengan bahan bahan HARAM !!!! MASYAALLAH !!! Moga Allah ampunkan dosa kita semua.
Kalau dipikir pikirkan balik, patutlah doa kita tidak dimakbulkan Allah, anak anak pula semakin tak mau dengar cakap ibu bapa..rupa rupanya puncanya adalah 'makanan yang kita makan'..
Moh la kita bertukar kepada produk produk yang dihasilkan oleh kaum bumiputera yang memang sah HALALnya. Kenapa mesti mengagung agungkan produk keluaran antarabangsa sedangkan diragu kesuciannya. Untuk rujukan kita bersama dan maklumat lebih lanjut sila klik sini.
No comments:
Post a Comment