JiRan TetanGGa

Thursday, 28 April 2011

Resipi yang direquest..

Assalamualaikum..


Saja2 nak memenuhi permintaan bff aku..aCik Anie beberapa hari lepas, kalau korang nak berkenalan ngan dia g lah terjah blog dia 'http://www.alamakkkanie.blogspot.com'..dia ni sorang yang peramah, baik hati & kelakar..


Rendang Daging Ala Teratak Kasih
Bahan2nya
A
1 kg daging lembu/kerbau
10 tangkai cili kering (kalau suka pedas letaklah lebih) 
2 biji bawang besar (kalau nak guna bawang merah pun boleh)
3 ulas bawang putih 
Halia (1/2 inci)
Lengkuas (1/2 inci)
Sedikit kunyit hidup


B
1 mangkuk santan pekat (diambil dari 1 biji kelapa)
Kerisik (kalau nak sedap buat sendiri, kalau malas beli jer yang ready made)
3 batang serai (2 batang di ketuk, 1 batang di hiris)
3 helai daun kunyit (di hiris)
Penumis 4 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih & buah pelaga)
Daun limau purut (terpulang kat korang nak letak atau tak)
Garam, gula & serbuk perasa


Cara membuatnya:-

  1. Daging tu potong kecik2 agar senang nak makan, cuci bersih2 & rebus selama 1 jam (sampai daging empuk)
  2. Sementara nak tunggu daging empuk, ambil bahan2 A potong kecik & diblend halus
  3. Agak2 dah hampir 1 jam bolehlah panaskan kuali, masukkan minyak (jangan letak terlalu banyak, tak elok untuk kesihatan), mula2 tumis 4 beradik sampai naik bau, kendian masukkan bahan yang dikisar halus tadi tumis hingga wangi, atau sehingga cili masak
  4. Bila cili dah garing barulah masukkan daging bersama dengan air rebusan tadi kacau hingga sebati, biarkan seketika, jangan lupa kacau agar tidak melekat.
  5. Lepas tu bolehlah masukkan santan & serai ketuk, kacau dan kacau lagi, bolehlah letak garam, gula & serbuk perasa (jika suka).
  6. Pastu baru masukkan kerisik, kacau lagi dan biar sampai agak2 pekat barulah masukkan serai, daun kunyit yang dihiris bersama daun limau, kacau selama 5 minit, boleh angkat & hias (ikut citarasa sendiri)
'gambar di ambil dari google'

aCik Anie selamat mencuba yaa !!!


6 comments:

MamaEma said...

alamak terliur ni..dah ler berpusa ni...

balik nanti nak buat daging juga...tp tidaklah masakan pakai santan ni.takut tak sempat pula..huhuhu

mas saari said...

nak request gak boleh tak?
tapi tak nak request resepi tapi nak request tolong buatkan...hehehehe


teringin kuah kacang ngan nasi impit awak yg sedap tu...

Sal Saari said...

mas
bolehhhh...kena dtg rumahlah..

Sal Saari said...

MaMa Emma
selamat berbuka!!

aCik Anie said...

Nanti nak cuba buat rasepi kak sal..

Sal Saari said...

aCik Anie..cuba jgn tak cuba..