JiRan TetanGGa

Saturday, 16 April 2011

Kongsi Resipi : Scone Buah-Buahan Kering

Assalamualaikum


Hari Sabtu...tentu ramai ibu ibu yang bekerja sedang bercuti, sambil rehat rehatkan badan & minda tu jom la cuba resipi yang saya nak kongsi ni...boleh buat untuk santapan keluarga masa minum petang nanti.
Resipi ni saya dapat dalam majalah Mingguan Wanita.




Scone buah buahan kering
Bahan bahan :

  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 60 gram gula halus
  • 120 gram mentega
  • 1/2 cawan susu segar
  • 60 gram buah buahan campur
  • sedikit garam
Cara cara :
  1. Masukkan tepung kedalam bekas
  2. Kemudian masukkan gula & garam. Gaul rata
  3. Masukkan juga mentega, kacau bahan bahan sehingga sebati
  4. Masukkan susu segar dan kacau perlahan lahan
  5. Masukkan buah buahan kering dan gaul adunan hingga sebati
  6. Canai bahan adunan di atas loyang yang ditabur dengan sedikit tepung
  7. Sapukan sedikit susu segar di atas adunan tadi
  8. Potong adunan seperti potongan piza dan bakar di dalam ketuhar selama 15 minit pada suhu 180 darjah celcius
Tip
  • Bagi yang kurang gemar dengan isi buah buahan kering, bolehlah gantikannya dengan cip coklat, buah kurma ataupun kismis
  • Hanya gunakan sapuan susu segar, dan bukannya kuning telur
  • Tepung gandum ditabur di atas loyang agar adunan tidak melekat pada loyang
  • Begitu juga masa nak potong adunan sapukan sedikit tepung gandum pada pisau atau pemotong agar tidak melekat
  • Bagi yang nak kekalkan rasa buah buahan campuran  ataupun kismis, bolehlah cuba kurangkan gula, kerana isi buah buahan kering sudah sedia manis
  • Hidangan teh tanpa gula amat sesuai dengan scone Inggeris ini memandangkan rasanya manis manis buah

Mudah dan ringkas kan ??? jom kita cuba bersama sama...yum..yum

2 comments:

[p@kcikLie] : [ mamaDiana] said...

nampak mudah ....mudah lg memakannya...kalau mamadiana tak sempat buat , y sendiri bole buatkan...sempoi ! TQ.

Hanim Mahali said...

tak pernah scone inggeris ni... camne rasanya crunchy ke???