JiRan TetanGGa

Thursday, 31 March 2011

serangan yang membunuh..

Assalamualaikum & salam 1 malaysia..1 blogger...





Semasa blogwalking tadi terbaca tentang Malek Noor pengsan kena "heart attack" semasa bermain bola, sekarang beliau dalam keadaan stabil...
Bila terdengar atau terbaca tentang kisah heart attack ni, fikiran aku terus menerawang mengenangkan arwah ibuku..arwah meninggal akibat heart attack yang kritikal..
Kali pertama kena.. terus doktor kata peluang untuk hidup amat tipis sekali.
Pada masa tu dia koma hampir 1 minggu...keluar hospital...4-5 hati lepas tu dia diserang lagi dan kali ni lebih teruk hingga menyebabkan arwah koma selama hampir hampir 2 minggu..koma..hingga keakhir hayat beliau...pergi tak kembali...tanpa pesanan & kata kata... 
Kesimpulannya disini..walaupun kita kuat bersenam, jaga pemakanan, tidak merokok..namun itu semua tidak menjamin kita bebas daripada risiko penyakit jantung..tanpa mengira usia juga..
Info terkini yang aku baca melalui majalah Mingguan Wanita keluaran (25-31 Mac 2011), terdapat 5 perkara yang mendedahkan diri kita pada serangan sakit jantung...
1. Mempunyai penyakit kulit
2. Kurang tidur
3. PENYAKIT GUSI yang kronik berisiko 2 kali ganda lebih besar menghidapi        serangan jantung fatal.
4. Komplikasi kehamilan
5. Tekanan ditempat kerja
Kalau nak tau lebih lanjut silalah dapatkan majalah Mingguan Wanita dipasaran sekarang..


Wassalam

3 comments:

Qaseh Dalia said...

mintak2 di jauhkan dr sakit jantung ni

Sal Saari said...

sama2lah kita jga kesihatan diri

Awan said...
This comment has been removed by the author.