JiRan TetanGGa

Friday, 11 March 2011

Suamiku yang lalai..

Assalamualaikum & Salam 1 Jumaat..

Pagi tadi semasa suamiku bersiap siap untuk pergi kerja...tetiba dengar dia bertanya pada Afiq 
Suami : "Abang..ada nampak dompet abah tak"
Aku     : "Hahhh...dompet hilanggggg..??? Alamak kad bank mama pun ada kat dalam tu...adooiii yaiii..
Afiq    : "Tak ada pun"
Suami : Sambil membebel sorang sorang "mana pulak abah letak, abah lupa lah..tak kan                          abah tertinggal kat kedai mamak tu.."
Afiq    : "tapi semalam abang tak nampak pun dompet abah kat atas meja mamak tu.."


Owhhhh..baru lah aku tau yang 2 beranak tu keluar 'ngeteh' kat kedai mamak semalam...agaknya malam tadi aku tido mati kot..sampai tak sedar langsung masa bila dia orang keluar.


Satu rumah dia cari tapi tak jumpa juga, aku diam aje sambil tengok jer gelagat dia anak beranak tu..tapi dalam hati berkata kata lah jugak.."kenapa lah lalai sangat sampai menda penting mcm tu pun tak tau letak mana"..Dah puas dia cari merata rata tempat, dia pun dah fed up kot..terus ambil helmet dan terus keluar...
Selepas 1/2 jam dia keluar aku pun call dia nak tanya...


Aku : "macam mana jumpa tak dompet awak ...???"
Dia : "dah...
Aku : "katne..???"
Dia : "kat kedai mamak tu lah, nasib baik sume barang masih ada.."
Aku : "Fuhhh...legaaa..nasib baik..kalau tak jenuh lah pulak nak pegi buat report, tu lah lain kali jangan lah lalai sangat awak ni..& pot..pet..pot..pet aku membebel kat dia..."


Rupa rupanya dompet tu tertinggal masa dia tengah belikan gula gula untuk anak anak...
Alhamdullillah...masih ada rezeki dia lagi..


Tapi suami aku ni kira bagusss jugak lah, sebab tak mudah gelabah..muka maintain cool jer..tapi dalam hati..tak tau lah apa dia pikir..
Kalau aku berada dalam situasi cam gini...konpommmm mengelabah bewok...


Wassalam

No comments: