Assalamualaikum..
Moga hari ini lebih baik dari semalam..
Bukit Beruntung...pernah dengar tak..??? Hah..tak pernah dengarrr..aduhai malang la sape yg tak prnah dgr tu..
glamor ape tempat ni, nak tau sbb ape..sbb sape yg dtg dok kat sini..mesti untung besar mehhh..
haha..aku wat lawak bodoh jer tu.
Aku cita la serba sedikit pasal tempat ni..terletak dalam daerah Hulu Selangor, berdekatan ngan Batang Kali, Rasa, Kuala Kubu, Sg Choh & Pekan Rawang..kalau nak pegi genting pun dekat...lebih kurang 1 jam dah boleh sampai...Kat sini ada Tesco, tp gudang je la..Tesco pasaraya coming soon, dalam bulan Julai 2011 dijangka beroperasi. Disamping tu banyak lagi la kemudahan2 lain yg sewaktu dengannya.
Kalau nak tau, kat sinilah tempat bermastautinnya aku sekarang, sebelum ni aku dok di Kajang.
Jauhkan aku merantau..kalu hitung2 jauh gak laaa...merantau dalam paksaaa..tentu korang nak tau ngape aku TERpindah kat sini.
Aku tinggal kat Kajang since tahun 2001, dari bujang..berkahwin dan sampailah anak 3..kos sara hidup kat sana agak tinggi juga la..ye la anak dah 3, mana cukupppp kalau nak bandingkan ngan gaji kami yg tak mencecah RM3000 sebulan..mana nak bayar sewa rumah, pengasuh anak, bayar hutang kat bank, bil api air, makan minum n macam2 lagi lah..Sebab itulah hubby aku ajak berpindah kat sini.
Kenapa n mengapa kat sini??? Sebab dia kata sewa rumah murah,..memang murah pun, rumah yg aku sewa sekarang RM100 jer sebulan..murahhh kannnn..Pastu dia nak meniaga burger lepas kerja untuk tambah pendapatan kami.
Suami dah buat keputusan mcm tu..aku pun terpaksalah ikut walaupun berat hati nak tglkan Kajang, berhenti kerja, tinggalkan kawan2. huhuhu...nak tak nak bulan May tahun 2009..jadilah aku warga B.B ni sampailah sekarang...
Tp sebenarnya tinggal kat sini tak lah seindah yg disangka..walau apa pun aku redha dan pasrah.
Kalu nak pikir2kan balik g mana2 pun sama jugak. Yang penting berusaha untuk memajukan diri n ekonomi keluarga.
Bersyukurlah walau apa jua situasi n keadaan kita, disamping itu kita hendaklah sentiasa berdoa dan berusaha untuk meningkatkan taraf hidup kita.
Wassalam
2 comments:
alalalala..jgn la sedey...hijrah tukan bagus...ada hikmah disebalik kejadian tu... =D
kalu sedey pon da tak guna..redha je
Post a Comment