JiRan TetanGGa

Tuesday 8 March 2011

JELAJAH BLOG KATEGORI IBU

[BANNER BEN ASHAARI[4].jpg]



Assalamualaikum..

Teringin pulak nak sertai segmen ini, macam best jer...blogger baru macam aku ni kena lah menerokai perkara baru untuk 'memantopkan' lagi blog sendiri.

Secara ringkas mengenai diriku
Seorang anak yang telah kehilangan kasih ibu dan ayah,
Seorang isteri, mama, dan along..
Isteri kepada suamiku En Ishak Bin Ahmad
Mama kepada putera puteri kesayanganku~Muhammad Afiq Syahmi, Irdina Syafiqah, Izzati Najwa & Nur Alisha Qairina
Along kepada adik adikku~Sabri, Masliha, Roslah, Suzana, Syamsul Hisyam & Shahrizal Saari.
Umur lingkungan 30an, tak tua sangat dan tak la muda sangat. 
Bekerja dan menetap di Bukit Beruntung, Rawang.

Kenangan manis sewaktu bergelar ibu
Menjadi seorang ibu memang banyak kenangan manis, bagi aku semua kenangan antara aku dan anak anak manis manis belaka. Terutama bila dapat melihat mereka membesar dengan sempurna.

Kenangan pahit
Ada dua kenangan pahit yang memang tak mungkin aku lupakan.
Tahun 2007 semasa mengandungkan anak ke 2, usia kandungan masa tu 36 minggu, suami terlibat dalam kemalangan jalan raya, dia disahkan patah tulang paha kiri. Tanggal 12/03/2007 aku selamat melahirkan anakku dan suami pula berada di bilik bedah.
Tahun 2008, suami dijangkiti demam denggi yang teruk, selepas 2 hari diwad biasa dia dimasukkan ke ICU & HDW sebab komplikasi paru paru dan jantung.

Kata kata khas buat suami 
Abang...
Kasih & sayangku sampai syurga..

Nasihat anda kepada anak anak dan juga buat anak anak yang berada di luar sana 
Abang, Kakak, Adik & Alisha...mama sayang sangat pada kamu semua,
Anak anakku sekalian hormati dan sayangilah kedua ibu bapamu, jangan sesekali menderhaka kepada mereka, kerana ia adalah salah satu dosa besar yang tidak diampunkan oleh Allah.

Harapanku kepada anak anak
Semoga kamu menjadi anak anak yang soleh dan solehah, berjaya di dunia & akhirat, berbakti kepada agama, bangsa & negara.

Nasihat buat gadis di luar sana
Walau apa pun yang dilakukan...ingatlah pada Tuhan, jadikan agama pegangan hidupmu,  InsyaAllah hidupmu akan selamat dunia dan Akhirat. Jadilah muslimah yang solehah.

Aduhhh...berpeluh juga nak siapkan segmen En Ben ni..
Dan inilah hasilnya. Harap En Ben puas hati yeeee...

Wassalam






20 comments:

mas saari said...

wah! tahniah...tahniah
berjaya jugak sertai segmen ni

terharu sgt bila baca!! huhuhu~

Sal Saari said...

ahaksss..tenkiu2 sis..ko tau jenuh aku nak menyiapkan segmen tu, mula2 buat..tetiba hilang sume yg aku taip,
tp aku kuatkan semangat juga nak buat..dan akhirnya...berjaya

Sue Saari said...

yeahhh...you go girl...chaiyokkkk!!

Sal Saari said...

itu mustiii...

Unknown said...

salam kenal dr blog ben.....:)

Sal Saari said...

tenkiu..

ayeesha anna said...

salam kenal. Dtg dari segmen ben

http://diarialeesya.blogspot.com/

Nabila Wahab said...

hye2..
singgah dr blog abg ben..

nice blog !
keep blogging tau ~ :)

mrs kayrul said...

salam kenal...singgah dari blog ben...

Sal Saari said...

imnabila: tq so much..
yuppp..

Prince said...

entry yg sgt bagus...
thniah ye...:)

sy ni newbiee lagi...
jom bce info mnarik tentang petua orang2 tua untuk jga kecntikan tubuh badan...laki n pmpn..:)x

Sal Saari said...

tenkiu Syah & prince..

nuzurzaradeon said...

Abg, Kakak, Adik & Alisha..berbangga lah kamu mempunyai mama seperti dia..dan si mama, semoga anak-anak itu akan menyerikan hidupmu hingga ke akhir hayatmu..
salam perkenalan dari blog abg ben..tahniah kerana di list kan..

apislerr said...

salam,
mengunjungi rakan2 jelajah blog;)
dtg dr blog abg ben;D
blog apisv2

! Diari-Selebriti-Mama ! said...

singgah dari segmen BA.
slmt bknalan.nice blog!dah follow^^
seronoknya ada anak ramai ni..
jemput ziarah blog http://mamaglamdiva.blogspot.com/2011/03/jelajah-blog-kategori-ibu.html

Murni said...

As salam..
menjenguk kembali dri blog ben..
salam perkenalan...

Rosmawani♥ said...

salam pkenalan.. datang dari blog abg ben :)
jom follow sy jgak, untuk smangat berblog n kongsi info ttg mommy..hehehe..
rizaros.blogspot.com
>>sdih bca knangan pahit akk.. sabar bbyk yer.. allah maha mengetahui :)

emarieys said...

salam perkenalan dari segmen BA...datang sini membalas kunjungan...

||aLeaSaRa|| said...

yuhuu slm perkenalan dan nanti jgn lupa rajin join segmen bro BA ye!kite pun br je kena demam denggi bulan lepas..huwaaa!

Sal Saari said...

tima kasih pd sume yg beri komen n support...sy ni blogger bru..banyak yg kena belajar..